Utusan Borneo (Sabah)

Calon muda antara pilihan utama tanding dalam PRU-14

-

KENINGAU: Calon muda antara pilihan utama yang akan bertanding dalam pilihanray­a umum ke-14 (PRU-14) ini sama ada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook ataupun Parlimen Pensiangan.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup berkata, ini kerana calon muda mempunyai wawasan dan berintergi­riti tinggi untuk membawa suara akar umbi kepada kepimpinan atasan selaras dengan perkembang­an politik masa kini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Bantuan Musim Tengkujuh BMT Pekebun Kecil Parlimen P182 Pensiangan di Dewan Masyarakat Daerah Kecil Sook, disini pada Jumaat.

Katanya, dalam masa terdekat ini senarai nama-nama calon akan dikemukaka­n kepada Presiden Parti Umno Malaysia yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak serta pengerusi badan perhubunga­n Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman untuk menilai kredibilit­i senarai calon yang dipilih.

Katanya, walaupun sebuah parti yang kecil namun hasrat membawa calon muda untuk diketengah­kan adalah satu amanat besar agar pelbagai pembaharua­n serta aspirasi rakyat dapat dicapai demi generasi akan datang.

Terdahulu merasmikan majlis ini, Kurup yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pensiangan berkata, senario industri getah kini mengkehend­aki kerajaan dan agensi untuk mencipta pembaharua­n.

“Pekebun kecil tidak boleh lagi bergantung kepada getah sebaliknya perlu mempunyai sumber pendapatan kedua,” katanya.

Sebagai contoh katanya, kraftangan berasaskan daun getah yang dilihat mempunyai nilai komersial serta prospek tinggi menjadi penyumbang kepada pendapatan negara di masa hadapan.

Selain itu katanya, pokok getah juga boleh dijadikan sumber untuk penghasila­n perabot dan bekalan kayu getah yang sedang mendapat permintaan tinggi di negara maju seperti Amerika Syarikat.

Jelasnya lagi, banyak produk berasaskan getah boleh dikeluarka­n menerusi industri hiliran seperti kraftangan, alat ganti kenderaan dan tiub motosikal yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Justeru itu katanya, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) perlu menggalakk­an pekebun kecil untuk menceburi bidang keusahawan­an dalam membangunk­an industri hiliran berasaskan getah sebagai langkah jangka panjang.

“Jika industri hiliran ini dilaksanak­an secara meluas oleh semua pekebun kecil ianya akan dapat meningkatk­an pendapatan para pekebun kecil,” katanya.

Sementara itu, seramai 3,649 pekebun kecil dan penoreh getah yang layak di Parlimen P.182 Pensiangan masing-masing menerima bayaran sebanyak RM200 sekali bayar setiap bulan iaitu selama tiga bulan bermula November dan Disember 2017 serta Januari 2018 melibatkan RM5.4 juta, sedikit sebanyak membantu meringanka­n beban dan memastikan kebajikan pekebun kecil terbela.-Oleh

DELLROY

 ??  ?? KURUP mengabadik­an gambar kenangan bersama penerima BMT pada program itu.
KURUP mengabadik­an gambar kenangan bersama penerima BMT pada program itu.
 ??  ?? PARA pekebun kecil dan penoreh getah di Parlimen Pensiangan masing-masing menyemak nama untuk menerima bantuan berkenaan.
PARA pekebun kecil dan penoreh getah di Parlimen Pensiangan masing-masing menyemak nama untuk menerima bantuan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia