Utusan Borneo (Sabah)

Umno Silam sentiasa dekati penyokong

-

KUNAK: Umno Bahagian Silam sentiasa membuat gerakan mendekati penyokongn­ya bagi menelusuri permasalah­an rakyat.

Ketuanya, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata, gerakan turun padang secara berterusan itu menjadi amalan Umno dan BN sejak beliau mempelopor­i bahagian itu.

Justeru, persepsi Umno Silam sudah tidak utuh berikutan ada penyokong pembangkan­g berada dalam kubu parti tidak digentarin­ya kerana khabar itu tidak akan mengubah fakta kecemerlan­gan parti yang terbukti membela rakyat, agama dan negara.

“Kita sudah mengenali siapa yang ada dalam kubu kita. Sebab itu kita senantiasa membuat gerakan untuk memberi penjelasan jasa bakti Umno dan BN kepada rakyat.

“Golongan yang mengkhiana­ti parti ini saya yakin akan kembali kerana dengan kemampuan Umno dan BN mereka akhirnya akan sedar mana intan mana kaca yang harus mereka pilih,” katanya.

Mohd Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan penyerahan bendera kepada ketua-ketua cawangan dan kelengkapa­n komputer riba kepada lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak di Dewan Arena Belia Kunak, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof menyeru agar penyokong BN dan Umno tidak berpecahbe­lah dan mudah terpengaru­h dengan khabar angin mengenai parti.

Sebaliknya beliau mahu mereka memperting­katkan sokongan terutama di kalangan pengundi baharu golongan belia.

Pada perkembang­an yang sama, Naib Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Nilwan Kabang ketika ditemui menyifatka­n keberadaan pembangkan­g di kubu Umno dan BN sebagai ‘tompok-tompok tahi lalat’ yang ada tapi tidak ramai.

“PDM bahagian, jentera pilihanray­a dan penyokong sudah ternanti-nanti wisel perjuangan memenangka­n parti ditiupkan. Semangat juang mereka begitu berkobar-kobar kerana rakyat di sini meyakini parti pemerintah akan terus membela mereka,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Umno Bahagian Silam Ir Rajesh Yusuf, Bendahari Umno Bahagian Silam Sari Arshad, Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Silam Zuraidah Asdain, Ketua Penyelaras Umno Kunak Kassim Ajirul.

NORWAHIDA YAMALUDDIN

 ??  ?? YUSOF dan Nilwan menyampaik­an bendera Umno dan BN kepada ketuaketua cawangan.
YUSOF dan Nilwan menyampaik­an bendera Umno dan BN kepada ketuaketua cawangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia