Utusan Borneo (Sabah)

Produk jahitan ibu tunggal dipasarkan pada TMM 2020

-

KUALA NERUS: Kerajaan negeri mahu golongan ibu tunggal di Terengganu menghasilk­an pelbagai produk jahitan yang boleh dipasarkan untuk jualan dalam dan luar negara bagi meningkatk­an tahap sosioekono­mi mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkatausa­haituakand­iselaras oleh Yayasan Pembanguna­n Keluarga Terengganu (YPKT) memandangk­an bidang jahitan berpotensi tinggi dalam menawarkan pendapatan lumayan kepada golongan itu.

“Mungkin boleh buka sebuah kilang untuk menghasilk­an produk jahitan dan ia akan dipasarkan dengan jenama khas yang mewakili golongan ibu tunggal di Terengganu melalui persatuan di setiap daerah.

“Ia juga akan dijadikan produk tarikan pelancong untuk Tahun Melawat Malaysia 2020, yang mana Terengganu akan mempromosi­kan produk keluaran ibu tunggal sebagai antara produk istimewa kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian bangunan baharu untuk ibu tunggal di Parlimen Kuala Nerus di sini pada Sabtu.

Turut hadir isteri Menteri Besar Toh Puan Seri Halina Zakaria, Pengarah YPKT Mohd Shafaruddi­n Mustaffa, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Tunggal Tuan Arif Sahibu Fadillah Tuan Ahmad dan wakil Kelab Ibu Tunggal Kuala Nerus Ajizah Othman.

Ketika ini, terdapat 32,161 ibu tunggal berdaftar dengan YPKT di seluruh negeri dan sebahagian besarnya mendapat bimbingan kemahiran dan keusahawan­an daripada YPKT untuk menjalanka­n perniagaan sebagai sumber pendapatan utama dan sampingan mereka.

Sementara itu, Mohd Shafaruddi­n berkata bangunan setingkat berkeluasa­n 0.02833 hektar yang melibatkan kos pembinaan RM266,183 itu telah beroperasi sepenuhnya pada 30 Jun 2013.

“Antara kemudahan disediakan di bangunan pentadbira­n ibu tunggal Kuala Nerus ini ialah satu bilik mesyuarat, tiga kiosk jualan dan satu ruang aktiviti, manakala program yang telah dijalankan setakat ini ialah kursus jahitan, masakan, solekan, urutan dan kelas mempelajar­i al Quran,” katanya.- Bernama

 ??  ?? AHMAD Razif (dua, kanan) dan isteri Toh Puan Seri Halina Zakaria (kanan) melawat bengkel jahitan selepas merasmikan Bangunan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Nerus. Turut hadir Pengarah Yayasan Pembanguna­n Keluarga Terengganu (YPKT) Mohd Shafaruddi­n Mustaffa...
AHMAD Razif (dua, kanan) dan isteri Toh Puan Seri Halina Zakaria (kanan) melawat bengkel jahitan selepas merasmikan Bangunan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Nerus. Turut hadir Pengarah Yayasan Pembanguna­n Keluarga Terengganu (YPKT) Mohd Shafaruddi­n Mustaffa...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia