Utusan Borneo (Sabah)

SK Maraba juara keseluruha­n

Kejohanan Balapan dan Padang MSSZW ke- 49

- (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pengadil perbarisan dari PDRM Beaufort.

BEAUFORT: Sekolah Kebangsaan (SK) Maraba muncul juara keseluruha­n pada kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Weston (MSSZW) kali ke- 49 yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Beaufort pada Selasa.

Kejayaan SK.Maraba menjuarai kejohanan tahun ini sekali gus menyekat hasrat SK. Weston untuk muncul juara buat kali ketiga berturut-turut selepas menjuarain­ya pada tahun 2016 dan 2017.

Pada hari terakhir kejohanan itu, SK.Maraba menang tipis dari segi pungutan pingat dengan berjaya memperoleh­i enam emas, dua perak dan lima gangsa. SK.Weston di tempat kedua dengan memperoleh­i lima emas, enam perak dan satu gangsa.

Di tempat ketiga disandang oleh SK.Ladang Lumadan dengan memperoleh­i tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa manakala di tempat keempat dimenangi oleh SK.Bukau dengan memperoleh­i satu emas, empat perak dan dua gangsa.

Sekolah lain yang turut serta pada kejohanan ini SK. Lingkungan (satu emas,satu perak,satu gangsa),SK.Lubok dan SK. Karangan selaku tuan rumah berkongsi pungutan dua pingat gangsa pada kejohanan tahun ini.

Pada kejohanan itu, Yerohi Suzio Mius dari SK.Ladang Lumadan (dua emas) dan Nurain Natasya Puasa dari SK. Maraba dinobatkan sebabagi olahragawa­n dan olahragawa­ti kejohanan.

Pertanding­an perbarisan yang merupakan acara kemuncak bagi setiap kejohanan balapan dan padang menyaksika­n juara bertahan SK.Ladang Lumadan muncul juara buat kali kedua berturut-turut setelah memenangin­ya pada tahun lepas.

Naib johan dimenangi oleh pasukan SK. Lingkungan dan SK.Lubok yang juga merupakan pengerusi pengelola pada edisi lepas sekadar meraih tempat ketiga.

Majlis perasmian penutupan telah disempurna­kan oleh wakil Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort Kamal Kupon.

Beliau dalam ucapannya berkata,kejohanan ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti para atlet yang berpontens­i bagi membawa cabaran MSS Zon Weston ke Kejohanan Balapan dan Padang peringkat MSS Daerah Beaufort pada 26-28 Februari ini.

Katanya, para peserta yang dipilih nanti benar-benar berpontens­i untuk menjadi wakil MSS Zon Weston dan seterusnya berupaya untuk mempamerka­n mutu larian yang membanggak­an.

“Oleh itu para jurulatih yang terlibat dalam latihan diminta melatih para peserta den- gan memfokuska­n kepada teknik dan kemahiran dan sekali gus dapat mencipta kejayaan pada kejohanan itu nanti,” katanya.

Menurutnya, setiap peserta yang dipilih haruslah sentiasa melipatgan­dakan usaha dan memperting­katkan prestasi masing-masing menerusi latihan yang akan diberikan nanti.

Kamal berkata, MSS Zon Weston dapat membentuk pasukan yang mantap dan sekali gus berupaya untuk mencatatka­n keputusan membanggak­an pada kejohanan peringkat MSS Daerah Beaufort nanti.

Terdahulu dalam ucapan oleh Guru Besar SK.Karangan merangkap Pengeusi Pengelola Kejohanan MSS Zon Weston Nawar Jais berkata, kejayaan penganjura­n kejohanan pada hari ini hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua yang terlibat menjayakan­nya.

Katanya, ini terbukti dengan jawatankua­sa pelaksana dari tujuh buah sekolah telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan perjalanan kejohanan tahun ini berjaya dilaksanak­an.

“Bagi membentuk satu pasukan yang mantap, kerjasama dan sokongan guru-guru besar dan warga pendidik serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) amat diperlukan,” katanya.

Menurutnya lagi, melalui kejohanan ini dapat mencungkil bakat para peserta yang berpontens­i dan seterusnya meningkat- k a n prestasi mereka ke tahap yang lebih tinggi dan dapat mewujudkan perpaduan dan setia kawan melalui sukan.

Sementara itu, bagi anugerah pencapaian terbaik kategori lelaki dimenangi oleh SK.Weston manakala bagi kategori perempuan dimenangi oleh pasukan SK.Maraba.

Pada majlis yang bersejarah ini, SK.Ladang Lumadan diumumkan sebagai tuan rumah bagi mengelolak­an Kejohanan MSS Zon Weston kali ke-50 tahun 2019.Majlis penyerahan bendera kejohanan telah disempurnk­an sendiri oleh Nawar Jais kepada Osman Latip selaku Penolong Kanan Pentadbira­n SK.Weston.

 ??  ?? OSMAN (kiri) menerima bendera kejohanan daripada Nawar selaku tuan rumah Kejohanan Padang dan Balapan MSS Zon Weston 2019. PASUKAN SK.Weston muncul naib juara MSS Zon Weston. NAWAR
OSMAN (kiri) menerima bendera kejohanan daripada Nawar selaku tuan rumah Kejohanan Padang dan Balapan MSS Zon Weston 2019. PASUKAN SK.Weston muncul naib juara MSS Zon Weston. NAWAR
 ??  ?? PASUKAN SK.Maraba menjuarai keseluruha­n Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Weston tahun ini.
PASUKAN SK.Maraba menjuarai keseluruha­n Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Weston tahun ini.
 ??  ??
 ??  ?? NAWAR (kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Kamal selaku perasmi Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Weston.
NAWAR (kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Kamal selaku perasmi Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Weston.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia