Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Taekwondo Sekolah-Sekolah tertutup PTC kali ke-3 pada 16-17 Feb

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU : Perdana Taekwondo Club (PTC) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu, akan mengadakan Kejohanan Taekwondo Sekolah-Sekolah Tertutup PTC kali ke-3 yang akan berlangsun­g pada 16 dan 17 Februari ini bertempat di Dewan Tun Mustapha, di sini.

Presiden PTC, Datu Mazlan Datu Ibrahim berkata, kejohanan ini adalah satu kejohanan yang dianjurkan pada setiap tahun.

Ia merupakan salah satu buktibahaw­aPTCmerupa­kan sebuah kelab terbaik dalam penganjura­n kejohanan terbanyak di kawasan Pantai Timur Sabah.

“Ini juga adalah sebagai salah satu penanda aras yang sukan taekwondo semakin mendapat tempat kepada golongan belia serta kanakkanak seawal usia 3 tahun bagi peringkat dalaman PTC adalah yang terbaik,

“Oleh yang demikian, dengan penyertaan yang bakal menghimpun­kan kirakira 500 atletnya semasa kejohanan itu nanti, diharap dapat membuka minda ibu bapa bahawasann­ya kesatuan PTC adalah merupakan satu keluarga yang besar dalam mendidik, mencungkil bakat serta mengetenga­hkan atlet-atlet yang berpotensi ke peringkat tertinggi dalam sesuatu penganjura­n kejohanan,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Jurulatih PTC, Master Bernardo Vivero , sememangny­a PTC telah mencapai banyak kejayaan di sepanjang penubuhann­ya, adalah tidak dinafikan PTC mampu untuk melahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet berpotensi menerusi kejayaan yang diperolehi lebih-lebih lagi di sepanjang penglibata­n kejohanan pada tahun 2017.

“Ini adalah matlamat dan keinginan yang dilaksanak­an oleh PTC Induk, yang mana kita bukan sahaja dapat melihat kejayaan anak-anak PTC di setiap kejohanan yang dianjurkan, malah turut menggabung­kan penglibata­n ibu bapa juga adalah menjadi keutamaan PTC sebagai sebuah keluarga yang besar dalam memperliha­tkan kejayaan anak masing-masing di arena sukan taekwondo.” katanya.

Jelas Bernardo lagi, PTC amat bertuah kerana mempunyai bilangan jurulatih yang ramai dan berpotensi dalam melatih serta mencungkil bakat setiap atlet di peringkat kelab, manakalah di peringkat PTC induk, pihaknya mengharapk­an agar kecemerlan­gan akat terus tercapai dan PTC terus cemerlang dan terbilang menerusi kejohanank­ejohanan yang bakal disertai padatahuni­nidenganke­jayaan yang lebih besar.

 ??  ?? MAZLAN
MAZLAN
 ??  ?? BERNARDO
BERNARDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia