Utusan Borneo (Sabah)

Bintang Korea Utara kembali ke Serie A

-

MILAN: Penyerang antarabang­sa Korea Utara, Han Kwang-Song, kelmarin berkata dia mengalu-alukan kepulangan­nya ke kelab Serie A Cagliari selepas menjadi pemain pinjaman di Perugia.

Han, 19, dipinjamka­n kepada kelab Serie B, Perugia, pada awal musim ini di mana dia berkembang, menjaringk­an tujuh gol, dan menarik minat kelab termasuk juara bertahan Juventus.

Han kembali ke kelabnya dekat kawasan Laut Mediterran­ean untuk membantu Cagliari, kelab di Sardinia, yang berada hanya tujuh mata sahaja di atas zon penyingkir­an.

“Emosi terbesar sejak saya datang ke Itali? Sejujurnya, gol pertama dalam Serie A,” kata Han kepada saluran TV Cagliari mengenai gol pertamanya lima minit dalam masa tambahan ketika mereka kalah 3-2 kepada Torino di stadium sendiri pada 9 April tahun lepas.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Perugia yang memberi peluang kepada saya untuk berkembang sebagai pemain,” katanya.

“Saya tidak menjangka untuk kembali sekarang, saya gembira! Saya juga mengucapka­n terima kasih kepada Cagliari dan Pengerusi Giulini, yang percaya kepada saya dan memberi peluang kepada saya untuk bermain dalam Serie A. Saya sedang menjalani satu impian.

“Saya berusaha setiap hari sentiasa meningkat, saya muda, saya mesti banyak belajar. Saya mendengar nasihat (jurulatih Luis Diego) Lopez dan rakan sepasukan.

“Di sini di Cagliari, semua orang menyayangi saya, saya rasa seperti saya berada di kampung halaman,” ujar penyerang itu yang menyanjung­i bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, dan pemain Juventus, Paulo Dybala.

Han, yang dilahirkan di Pyongyang, menghabisk­an sebahagian daripada zaman remajanya di sebuah akademi bola sepak di Barcelona sebelum dia pulang ke tanah air untuk menyertai FC Chobyong.

Dia kembali ke Itali pada 2015 untuk bermain bersama kelab akademi Cagliari sebelum dia menyertai pasukan utama pada musim lepas, membuat penampilan pertamanya dalam Serie A, dan menjaringk­an gol pertamanya.

Salah satu cabaran terbesar baginya adalah mempelajar­i bahasa Itali.

“Ia semakin bagus tetapi saya masih perlu banyak belajar, ia agak susah!” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia