Utusan Borneo (Sabah)

Gol Bernardesc­hi, Higuain bantu Juve ke puncak Serie A

-

FLORENCE: Federico Bernardesc­hi dan Gonzalo Higuain menjaringk­an gol untuk meletakkan Juventus di tempat teratas Serie A kelmarin dalam kemenangan 2-0 di Fiorentina yang dibayangi kegagalan video pembantu pengadil (VAR).

Keputusan untuk memberikan tendangan penalti kepada Fiorentina selepas 21 minit apabila lengan pemain Juventus, Giorgio Chiellini, menyekat bola hantaran lintang Marco Benassi seterusnya ditarik balik selepas merujuk kepada VAR.

Jordan Veretout tampil untuk melakukan tendangan penalti tetapi selepas menonton video selama tiga minit, pengadil Marco Guida sebaliknya membuat keputusan untuk memberikan tendangan percuma kepada pasukan pelawat kerana Benassi kononnya ofsaid sebelum bola terkena tangan.

Keadaan sudah pun tegang setelah waktu rehat apabila Bernardesc­hi, pemain tengah Itali yang meninggalk­an kelab di Tuscany itu untuk pergi ke Turin pada musim panas lepas, menjaringk­an gol selepas dia kembali ke Stadium Artemio Franchi buat pertama kalinya sebagai pemain Juventus.

Pemain berusia 23 tahun itu merembat masuk tendangan percuma selepas 56 minit untuk gol keempatnya dalam enam perlawanan Serie A bagi Juventus untuk memecah kebuntuan.

Bernardesc­hi kemudian dikeluarka­n dan dia diejek penyokong tuan rumah dengan siulan.

Higuain – penjaring hatrik pada hujung minggu lepas – memastikan kemenangan empat minit sebelum tamat dengan golnya yang ke-14 dalam Serie A pada musim ini dan ke-50 untuk Juventus.

Ia adalah kemenangan penting bagi juara bertahan Juventus yang kini mempunyai 62 mata daripada 24 perlawanan – dua mata di hadapan Napoli – yang dapat merampas semula tempat teratas apabila mereka melayan Lazio semalam.

“Ia tidak pernah mudah untuk menang di sini, kami tidak bermain dengan menakjubka­n, tetapi perlawanan ini adalah seperti itu, ia adalah satu langkah besar ke arah Scudetto, saya sangat gembira untuk Bernardesc­hi,” kata Higuain dari Argentina.

Babak pertama tidak menyajikan apa-apa dari segi aksi apabila pasukan Stefano Pioli menyukarka­n keadaan bagi pasukan pelawat.

Gil Dias meloloskan diri di sayap kanan dan cubaannya terkena tiang gol ketika dia cuba menewaskan Gianluigi Buffon yang membuat penampilan ke-500 dalam Serie A sebagai penjaga gol.

Walaupun ketinggala­n satu gol, Fiorentina tidak berputus asa dan Buffon, yang berusia 40 tahun dan malar segar, menafikan Cyril Thereau dari jarak dekat sebelum Higuain menutup perlawanan selepas 86 minit untuk kemenangan ke-11 berturuttu­rut dalam semua pertanding­an bagi pasukannya.

“Saya mahu mengucapka­n tahniah kepada para pemain kerana kami mempamerka­n beberapa angka positif: 62 mata dan dibolosi satu gol dalam 16 perlawanan terakhir,” kata jurulatih Massimilia­no Allegri yang turut meraikan perlawanan­nya yang ke-200 untuk Juventus.

“Saya menunggu keputusan pengadil. Penantian itu lama dan nasib baik tendangan penalti ditarik balik, saya rasa kekasaran telah berlaku ke atas aksi itu sebelum itu tetapi banyak perkara lain juga kelihatan dalam TV,” ujar Allegri.

“Sekarang kami mesti berkumpul semua untuk Liga Juara-Juara. Ia pasti seronok untuk memenangi perlawanan menentang Tottenham di Turin tetapi ia pasti sukar, kami perlu bermain dengan berhati-hati, mereka adalah pasukan yang sangat fizikal dan teknikal dan kami perlu bermain dengan baik,” ujarnya mengenai perlawanan peringkat 16 di Eropah pada Selasa ini.

Fiorentina kekal di tempat ke-11 dengan 31 mata selepas kekalahan ketiga mereka dalam empat perlawanan. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia