Utusan Borneo (Sabah)

Francis kembali bersama Sabah

Gantikan Igor Cerina yang belum pulih daripada kecederaan

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pertahanan import musim lalu, Francis Kasonde kembali untuk Sabah teruskan cabaran dengan kekuatan empat pemain import pada perlawanan akan datang.

Pemain dari Zambia itu telah diikat kontrak pada Sabtu menggantik­an pemain dari Croatia, Igor Cerina yang belum pulih daripada kecederaan yang dialaminya sejak pertengaha­n musim lalu.

“Kita ada empat import tetapi hanya tiga yang boleh beraksi setakat ini kerana Igor masih belum pulih daripada kecederaan dan kita tidak tahu bila dia boleh beraksi,” kata pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Tiga sandaran import setakat ini adalah Heo Jaenyong (pemain tengah) dan Lee Gil Hoon (penyerang/penyerang tengah) dari Korea Selatan yang juga import Sabah musim lalu dan penyerang import baharu dari Puerto Rico, Hector Omar Ramos Lebron atau lebih dikenali sebagai Pito.

“Saya berpuas hati dengan prestasi pasukan walaupun hanya diperkuatk­an dengan tiga import setakat ini tetapi saingan masih panjang dan saya fikir adalah lebih baik kalau pasukan ini ada empat import yang boleh beraksi.

“Kita sudah kesuntukan masa untuk uji pemain kerana pendaftara­n pemain tutup tengah malam esok (malam ini). Kita perlukan pemain yang sudah serasi dengan pasukan dan Francis adalah pilihan terbaik kerana dia memang pemain kita yang menggantik­an Igor musim lalu,” kata Juil.

Beliau berkata, perancanga­n Jelius Ating (ketua jurulatih) musim ini juga sepatutnya ada empat pemain import dengan salah seorang bermain di posisi pertahanan tetapi ia tidak berlaku ekoran masalah kecederaan Igor.

Mengenai kedudukan Igor yang masih ada kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) sehingga hujung musim ini, Juil berkata, perkara itu akan dibincangk­an antara kedua-dua pihak bagi mendapatka­n penyelesai­an menang-menang.

“Hakikatnya, pasukan rugi simpan pemain import yang tidak boleh beraksi. Tambahan pula dia (Igor) sudah tiada dalam perancanga­n jurulatih.

“Igor ini cedera sejak pertengaha­n musim lalu dan kita telah minta dia buat pemulihan tetapi sehingga sekarang belum boleh beraksi..sudah sembilan bulan. Baru-baru ini doktor bagi dia cuti tiga minggu lagi dan itupun belum tentu dia akan pulih. Kalau pulih pun, dia perlu satu dua bulan untuk kembalikan kecergasan, jadi sampai bila mahu tunggu sedangkan persaingan sudah berjalan,” kata Juil.

Beliau berkata, tindakan mengambil semula Francis menggantik­an Igor adalah keputusan terbaik untuk pasukan.

“Kita mahu pasukan kita maju jadi kita kenalah buat keputusan dan ambil tindakan yang terbaik untuk pasukan walaupun berisiko.

“Perlawanan semalam (Jumaat) nampak jelas kita perlukan pertahanan import apabila Mafry (Balang) dikeluarka­n kerana kecederaan. Pertahanan nampak tidak begitu kukuh terutama apabila berhadapan dengan lawan yang tinggi-tinggi atau pemain import. Keadaan sama juga dihadapi pasukan pada dua perlawanan sebelum ini kerana pertahanan kita hanya bergantung kepada pemain tempatan,” katanya.

Ketiadaan pertahanan import menyaksika­n Sabah bergantung kepada pemain tempatan dan setakat ini tugas itu digalas dengan baik oleh Mafry, Rawilson Batuil, Jenius Karib dan Randy Baruh @ Samson.

“Bukan kita tidak percaya kepada pemain-pemain tempatan. Kita seratus peratus percaya tetapi bukankah lebih baik jika kita ada tambahan kekuatan import,” katanya.

Mengenai pencapaian Sabah setakat ini, Juil berkata, di sebalik kekurangan satu pemain import, beliau berpuas hati dengan prestasi pasukan.

“Bukan senang. Beberapa musim sebelum ini, walaupun diperkuatk­an dengan kekuatan penuh kuota import, Sabah biasanya bermula di kelompok tercorot atau pertengaha­n tetapi musim ini Sabah bermula di atas dengan rekod tanpa kalah tiga perlawanan setakat ini iaitu menang dua perlawanan di tempat sendiri dan seri di tempat lawan.

“Kita berterima kasihlah kepada barisan jurulatih terutama ketua jurulatih, Jelius Ating yang banyak memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada pemain, bukan untuk memberi tekanan tetapi mahu mereka bermain bersungguh-sungguh.

“Saya harap pasukan kita ini akan bertambah lebih baik terutama selepas diperkuatk­an semula dengan empat pemain import. Saya juga berterima kasih kepada penyokong yang sudah semakin bertambah dan harapharap dengan prestasi pasukan yang semakin baik, Stadium Likas kembali dipenuhi penyokong pada perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya.

Kita mahu pasukan kita maju jadi kita kenalah buat keputusan dan ambil tindakan yang terbaik untuk pasukan walaupun berisiko. Perlawanan semalam (Jumaat) nampak jelas kita perlukan pertahanan import apabila Mafry (Balang) dikeluarka­n kerana kecederaan. Pertahanan nampak tidak begitu kukuh terutama apabila berhadapan dengan lawan yang tinggi-tinggi atau pemain import.” DATUK JUIL NUATIM Pengurus pasukan

 ??  ?? FRANCIS menyerahka­n dokumen kontrak kepada Naib Presiden Safa, Benedict Asmat (tengah) sambil bersalaman dengan Pengurus Pasukan Sabah, Datuk Juil Nuatim di pejabat Safa di Maksak Likas pada Sabtu. Turut bersama adalah ketua jurulatih Jelius Ating (kiri).
FRANCIS menyerahka­n dokumen kontrak kepada Naib Presiden Safa, Benedict Asmat (tengah) sambil bersalaman dengan Pengurus Pasukan Sabah, Datuk Juil Nuatim di pejabat Safa di Maksak Likas pada Sabtu. Turut bersama adalah ketua jurulatih Jelius Ating (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia