Utusan Borneo (Sabah)

Kelemahan isu kedua selagi menang: Jelius

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kemenangan akan menjadikan kekurangan atau kelemahan pasukan jadi isu kedua, kata ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating.

“Sebab itu saya gembira dan berpuas hati kerana kita menang perlawanan malam ini walaupun persembaha­n pasukan tidak seperti yang diharapkan atau tidak seperti ketika menang 4-0 ke atas TFC (Terengganu FC II) di sini pada perlawanan pertama,” katanya.

Jelius berkata demikian ketika diminta mengulas kemenangan 2-0 Sabah ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada saingan Liga Premier di Stadium Likas, Jumaat lalu.

“Persembaha­n tidak begitu memuaskan hati saya tetapi yang penting kita menang. Main bagus pun kalau tidak menang tiada guna juga.

“Dalam bola sepak, ada masa kita main bagus dan menang tetapi ada masa kita tidak bermain baik tetapi menang..yang penting bagi saya ialah kita menang, yang lain itu macam kelemahan pasukan adalah cerita kedua tetapi tetap penting untuk diurus” katanya.

Pada perlawanan itu, Sabah mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Maxsius Musa pada minit ke-16 manakala gol kedua dijaringka­n Heo Jaenyong pada minit ke-67 di separuh masa kedua.

Sabah bukan sahaja mengotakan sasaran mengutip mata penuh tetapi mempertaha­nkan gawangnya daripada dibolosi di gelanggang sendiri.

“Saya harap kita akan terus mencatat kemenangan walau macam mana pun persembaha­n pasukan terutamany­a di gelanggang sendiri sekaligus mengembali­kan status Stadium Likas sebagai kubu kebal Sabah seperti suatu masa dahulu.

“Saya fikir rekod tanpa kalah tiga perlawanan setakat ini iaitu menang dua di tempat sendiri dan seri satu di tempat lawan adalah permulaan yang baik. Memang pasukan masih ada kelemahan dan ia adalah tugas kami untuk memperbetu­lkannya,” katanya.

Menurutnya, setakat ini jadual ketat pasukan menghalang kelancaran proses membaiki kelemahan pasukan dan menyebabka­n pemain keletihan.

Katanya, pasukan hanya dapat menjalani latihan ringan sekali sebelum perlawanan kedua dan ketiga.

“Macam, lawan PDRM malam ini, kami tiada persiapan khusus. Kami balik pada Rabu selepas perlawanan dengan Felcra pada Selasa. Oleh kerana ada perlawanan malam ini (Jumaat lalu), kami hanya boleh melakukan latihan ringan kelmarin. Jadi, tiada masa perbaiki kelemahan yang ada,” katanya.

Mengenai kecederaan yang memaksa dua pemain utama iaitu Mafry Balang (pertahanan) Maxsius (pemain sayap) dikeluarka­n pada perlawanan itu, Jelius berkata kecederaan mereka tidak begitu serius.

“Selepas ini kita ada lebih banyak masa untuk memantapka­n pasukan kerana perlawanan seterusnya (menentang Sarawak di Stadium Likas) adalah pada 24 Februari. Saya harap ketika itu semua pemain kembali berada di tahap terbaik mereka termasuk yang mengalami kecederaan,” kata Jelius.

Kemenangan pada Jumaat mengembali­kan Sabah ke kedudukan teratas carta liga dengan tujuh mata untuk sekurang-kurangnya sehingga sebelum beberapa lagi perlawanan pada Sabtu selesai.

Sabah: Robson Rendy Rining, Mafry Balang (Leopold Alfonso Otong), Rawilson Batuil, Jenius Karib, Randy Baruh @ Samson, Heo Jaenyong, Mohd Azizan Nordin, Sabri Sahar (Rico Nigel Milus), Maxsius Musa (Ummareng Bacok), Lee Gil Hoon dan Hector Omar Ramos Lebron.

ANTARA aksi penjaring gol pertama Sabah, Maxsius Musa (kiri) ketika menentang PDRM pada perlawanan Liga Premier di Stadium Likas pada Jumaat. Sabah menang perlawanan itu 2-0. Gambar ehsan Jaiman Taip

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia