Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama Sabah, China dipertingk­at

Usahasama dalam bidang perdaganga­n, pelanconga­n dan pelaburan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus memperting­katkan usahasama dalam bidang perdaganga­n, pelanconga­n dan pelaburan dengan China menerusi Pejabat Konsulat China di Kota Kinabalu pada masa akan datang.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk mempermuda­hkan kerjasama dalam semua sektor berkenaan yang dilihat akan membawa kemakmuran kepada kedua-dua wilayah.

“Penubuhan Pejabat Konsulat China di negeri ini juga dilihat memberi sumbangan yang amat signifikan dalam memperkuku­hkan hubungan antara China dan Sabah,” jelasnya.

Ia terbukti melalui trend semasa di mana kemasukan pelancong China ke Sabah bertambah setiap tahun.

Jika dilihat pada tahun lalu, pelancong China berkunjung ke Sabah mencecah 430,000 orang. Kemasukan mereka ke negeri ini memberi manfaat kepada perkembang­an ekonomi negeri ini.

Beliau berharap kemasukan pelancong China ke Sabah boleh mencecah sehingga 1 juta orang pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Sambutan Tahun

KONSUL Jeneral Republik China di Kota Kinabalu Liang Ciade menyampaik­an cenderamat­a kepada Musa (kiri) semasa majlis sambutan berkenaan.

Tseu

Baharu Cina bersama Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu, di sini pada Jumaat.

Dalam ucapannya Musa turut menghargai sumbangan yang diberikan masyarakat Cina yang berhijrah dan menetap di Sabah kerana banyak menyumbang kepada pembanguna­n -Gambar oleh James negeri ini termasuk dalam sektor perdaganga­n dan pendidikan.

Musa turut memuji China yang mencatatka­n kejayaan membanggak­an sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Secara global, peranan China semakin meningkat. Presiden China Xi Jinping

-Gambar oleh James Tseu mencadangk­an untuk membangunk­an masyarakat yang berkongsi masa depan yang sama. Ia diterjemah melalui pelaksanaa­n inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (One Belt One Road) untuk membina masa depan bersama dan Malaysia memberi maklum balas positif terhadap perkara ini serta inisiatif yang lain,” jelasnya.

“Penubuhan Pejabat Konsulat China di negeri ini juga dilihat memberi sumbangan yang amat signifikan dalam memperkuku­hkan hubungan antara China ” dan Sabah. TAN SRI MUSA AMAN Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MUSA (kanan) dan Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu Liang Ciade (dua kanan) menerima skrol yang disampaika­n oleh penari Tarian Singa sempena Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina itu.
MUSA (kanan) dan Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu Liang Ciade (dua kanan) menerima skrol yang disampaika­n oleh penari Tarian Singa sempena Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia