Utusan Borneo (Sabah)

MoU DBKK, Jabatan Pertanian kenal pasti kawasan untuk Urban Recreation­al Farming

- Oleh ALFRED PETRUS

MEMORANDUM Persefaham­an (MoU) antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Pertanian Sabah akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk

dijadikan Urban Recreation­al Farming.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Panglima Jainab Ahmad Ayid berkata, aktiviti berkenaan dapat membantu mengurangk­an perbelanja­an seharian masyarakat setempat melalui hasil tanaman berkenaan.

“Melalui program My Farm Ville dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP), DBKK dan Jabatan Pertanian bukan sahaja dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk membawa anakanak beriadah tetapi juga dapat menghasilk­an hobi luar rumah serta aktiviti yang dapat manfaat kepada minda dan kesihatan fizikal.

“Secara langsung, ia juga dapat mengurangk­an kos perbelanja­an dapur apabila hasil tanaman boleh dituai dan dikongsi bersama antara komuniti setempat secara bersama.

“Melalui MoU ini, keduadua agensi akan saling bantu membantu mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai dalam kawasan pentadbira­n masing-masing untuk dijadikan Urban Recreation­al Farming,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan My Farm Village @ Kingfisher, di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Selain itu, katanya usaha mewujudkan My Farm Ville

di taman-taman rekreasi juga adalah aktiviti sosial yang harus dilakukan dan menjadi satu contoh yang baik.

“Aktiviti ini juga adalah aktiviti sosial yang harus kita terima dan dirancang untuk dilaksanak­an di tempat-tempat yang lain bagi mewujudkan Pusat Rekreasi Sihat untuk warga bandaraya.

“Saya menaruh harapan agar masyarakat bandar dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti-aktiviti yang dilaksanak­an dalam membangunk­an masyarakat setempat,” katanya.

Turut hadir Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri merangkap Menteri yang bertanggun­gjawab kepada DBKK Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah dan Pengaruh Jabatan Pertanian Sabah Datuk Idrus Shapie.

 ??  ?? JAINAB (depan, dua kiri) melancarka­n gimik penanaman tanaman di My Farm Ville Kingfisher.
JAINAB (depan, dua kiri) melancarka­n gimik penanaman tanaman di My Farm Ville Kingfisher.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia