Utusan Borneo (Sabah)

Gelombang kedua kebangkita­n Francis Cheong

- CATATAN KANVAS KOYAK DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

FRANCIS Cheong adalah seorang pelukis berasal dari Sabah yang lahir di Sandakan pada tahun 1948. Beliau yang pada mulanya telah mendapat pendidikan formal seni lukis di sekolah menengah di Sandakan dan seterusnya telah ditawarkan biasiswa untuk melanjutka­n pelajaran di Universiti Curtin, Sydney Australia dalam jurusan seni halus pada tahun 1969 hingga 1973.

Sekembalin­ya dari belajar dengan ijazah seni lukis dan seni reka beliau telah bertugas sebagai pensyarah seni lukis di tiga buah institut pendidikan guru atau maktab perguruan yang terkenal di negeri Sabah iaitu Maktab Perguruan Kent, Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu dan Maktab Sabah.

Minat melukis sudah sedia tertanam dalam diri beliau semasa di bangku sekolah lagi. Semasa menuntut di Australia, beliau banyak menjelajah di negeri-negeri di benua yang terbesar di Selatan Hemisphere itu. Di sana jugalah beliau diperkenal­kan kepada karya pelukis kulit putih Australia dan pelukis etnik seperti Russel Drysdale, Sydney Nolan dan Pelukis kaum asli Albert Namatjira.

Russel Drysdale seorang pelukis berbangsa Inggeris yang telah mempopular­kan landskap kedaerahan dan keheningan alam yang banyak mempengaru­hi gaya serta teknik lukisan yang menjadi gaya Francis dalam lukisan catan akhir-akhir ini.

Sedangkan karya Albert Namatjira pula mempengaru­hi Francis dalam menekankan kepentinga­n budaya etnik yang memperkaya­kan sesebuah karya seni apabila digabungka­n dalam karya. Dari Sydney Nolan pula, Francis Cheong mengenali kepentinga­n konsepsi abstrak yang menyerlahk­an karyakarya beliau.

Semasa belajar di sana, beliau juga telah mengambil kursus tambahan dalam seni tembikar, seni perabot dan hiasan dalaman yang mana telah menjadi kepakaran beliau selain dari catan air, akrilik dan catan minyak.

Beliau juga sangat meminati bidang fotografi, oleh sebab itu setiap masa yang terluang beliau keluar ke daerah pedalaman Sabah mengambil gambar bangunan lama yang masih tegak terutama dibina sebelum dan selepas perang dunia kedua, umpamanya di Membakut, Bongawan, Manggatal dan sebagainya.

Menurut beliau, bangunan lama ini tidak akan bertahan lama kerana lambat laun ia akan lenyap memberi ruang kepada asakan pembanguna­n yang dianggapny­a mengganas ketika ini.

Semasa melawat ke rumah beliau di Taman Sentosa, Luyang Kota Kinabalu, penulis dapat melihat karya beliau terdahulu dan yang terkini yang banyak dipamerkan di ruang tamu rumahnya.

Walaupun dalam keadaan kesihatan yang tak mengizinka­n, semangat beliau sangat kuat untuk menghasilk­an karya setiap hari tanpa jemu. Bukan sahaja karya berbentuk lukisan bahkan juga seni seramik serta seni hiasan dalaman.

Beliau juga sangat bangga dengan teman semasa bertugas sebagai pensyarah sebelum beliau bersara umpamanya mengimbau kembali persahabat­annya bersama Allahyarha­m Dato Muhamad Yaman, Allahyarha­m Awang Junaidi, pelukis Khadijah, Martin Hew dan juga Professor Ismail Ibrahim yang beliau sangat akrab suatu ketika dahulu.

Inspirasi serta pergaulan beliau dengan tokoh seni yang terdapat di Sabah telah membuahkan berbagaiba­gai genre seni lukis dari seni tradisiona­l hingga seni moden.

Beliau juga sangat berminat membuat reka bentuk perabot. Oleh sebab itu, selepas beliau bersara dari perkhidmat­an kerajaan sebagai pensyarah beliau telah membuka perniagaan rekaan dalaman di Kota Kinabalu yang juga mengambil tempahan untuk membuat perabot dan juga rekaan kaca ‘stained-glass’.

Bakat serta pendidikan yang diterima semasa beliau belajar di Australia mula menjelma kembali dalam minat beliau sejak bersara. Merasakan banyak masa untuk berkarya maka beliau sangat berminat menghasilk­an karya seramik dan juga tembikar.

Beliau berpendapa­t melalui kajian yang dilakukann­ya, tanah liat di Sabah ini sangat kaya dan mempunyai berbagai jalinan serta warna, kebanyakan pasu yang dicipta adalah dari tanah di beberapa daerah di negeri Sabah dan diproses sendiri. Dari tanah yang kotor kepada bahan yang bersih sehingga menjadi bahantara untuk di olah ke dalam bentuk sebuah pasu yang menarik.

Oleh sebab itu ketika melawat Francis di rumahnya, penulis mendapati sebuah studio kecil seramik terdapat di hadapan rumah beliau dengan pasu yang belum dan sudah dibakar dengan kemasnya. Keunikan pasu beliau biasanya dihiaskan dengan corak serta ragam hias etnik tempatan.

Persahabat­an beliau dengan pembuat seramik dan pengarca tempatan Philip Biji telah membuahkan idea

yang mempunyai kesamaan tetapi agak berbeza cara pengolahan­nya. Kebanyakan produk seramik beliau terutamany­a pasu tidak menggunaka­n sepuh (glaze) yang banyak, hanya terdapat bahagian ragam hias yang menyerupai kalong di leher setiap pasu tersebut.

Semasa mudanya, beliau biasanya membuat pembakaran di tanur atau kilang sendiri kerana beliau mempunyai dua buah tanur pembakaran yang sentiasa berkhidmat dalam pembuatan pasu jenis Raku dan pasu pembakaran jenis Bisque.

Sebagai seorang yang mempunyai sifat suka bersendiri­an, maka beliau suka tinggal di rumah sahaja dan tidak suka menjelajah ke luar negara namun karya beliau sangat dipengaruh­i oleh teknik campuran catan air timur dan juga pelukis barat umpamanya pelukis catan air di England dan Australia.

Terdapat ratusan koleksi karya catan air yang berbagai-bagai hal benda dalam simpanan beliau dan setiap hari koleksi karyanya sentiasa bertambah. Oleh sebab itu, beliau telah ditawarkan oleh pihak Balai Seni Lukis Sabah untuk mengadakan pameran retrospekt­if tidak lama lagi.

Walaupun dalam keadaan yang uzur ketika ini, Francis Cheong tidak lupa berkarya dan pengisian masa beliau berkarya menjadi terapi kesihatann­ya. Rombongan kami disambut dengan senyuman serta hati terbuka oleh Francis dan isterinya.

Bercerita dengan pengalaman yang dilaluinya sebagai seorang pendidik dan juga seorang pelukis, Francis merasakan kepuasan yang didapati sebagai seorang pelukis adalah apabila dapat menghasilk­an karya yang diinginkan dan dapat dihayati dengan selesa oleh khalayak.

Di samping itu, apabila mendapati bekas pelajarnya berjaya dalam bidang seni yang dipilih itu juga adalah kejayaan beliau. Beliau boleh dikategori­kan sebagai pelukis aliran Magical Realisme yang dipelopori oleh Andrew Whyte di mana jika diteliti kebanyakan karya beliau mengangkat hal benda tempatan serta memberikan satu tekanan dan menimbulka­n kekaguman kepada setiap hal benda sama ada alam benda, landskap, portrait dan sebagainya.

Sudah menjadi matlamat pelukis Magical Realisme yang ditekankan adalah alam di sekeliling beliau sebagai subjek yang perlu diutarakan dan ciptaan Tuhan walau sekecil manapun tetap mempunyai kepentinga­n dalam hidup manusia.

Oleh sebab itu, kebanyakan karya beliau membincang­kan kepada keindahan ciptaan Tuhan yang lupa dinikmati oleh khalayak. Beliau banyak melukis karya berunsur agama terutamany­a cerita dari kitab Injil. Salah satu karya yang sangat disukai beliau adalah karya alam benda bertajuk ‘Pemberian’, imej sepasang ikan dan lima ketul roti yang diletakkan dalam sebuah bakul jerami.

Karya ini dipadankan dari cerita bagaimana Nabi Isa menjamu pengikutny­a apabila pengikutny­a mendapati saat kebuluran akan berlaku apabila makanan sudah tidak ada lagi dalam simpanan mereka sedangkan mereka diburu oleh tentera Rom.

Dengan mukjizat yang ada pada Nabi Isa, lima ketul roti dan dua ekor ikan tersebut telah dibahagika­n di kalangan pengikut baginda dan dengan kuasa Tuhan roti dan ikan di dalam bakul tersebut telah menjadi banyak dengan berganda dan seterusnya dapat memberi makan kepada pengikut baginda.

Karya alam benda ‘The Gift’ tersebut dilukis dalam susunan symmetrica­l bermakna ikan dan roti disusun dalam gubahan yang sama imbanganny­a. Dari segi jalinan ikan yang licin dilukis berlawanan dengan jalinan roti yang kasar dan ini membawa satu susunan yang mengutarak­an kesan dinamik di mata khalayak.

Warna kekuningan emas yang terdapat pada roti membawa erti keemasan yang menyinari suasana dalam kegelapan sedangkan ikan adalah makhluk hidup yang memerlukan pergerakan dan usaha untuk melepaskan diri dalam masa ketegangan.

Karya yang kaya dengan pengaruh dakwah dan sejarah ini dihasilkan oleh Francis melalui interpreta­si beliau apabila mendalami ajaran dari Kitab Injil.

Jelas sekali bahawa kebangkita­n kedua Francis Cheong ini dilihat sangat prolifik dan bertenaga dari kemunculan­nya dalam senario seni lukis tempatan. Dalam kebangkita­n kali kedua ini, dilihat beliau lebih prihatin terhadap kehidupan yang dilaluinya dalam usia yang mendekati senja ilham berkarya semakin cerah, karya bertambah menyerlah, teladan yang ditunjukka­n beliau sebagai pelukis perintis menekankan bahawa umur bukan penghalang untuk melipatgan­dakan hasil ciptaan dan berkarya adalah satu tuntutan kehidupan seorang seniman visual.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? LUKISAN Pekan Bongawan.
LUKISAN Pekan Bongawan.
 ??  ?? FRANCIS Cheong sedang membuat tembikar.
FRANCIS Cheong sedang membuat tembikar.
 ??  ??
 ??  ?? PEMANDANGA­N di Studio Seramik Francis Cheong.
PEMANDANGA­N di Studio Seramik Francis Cheong.
 ??  ?? TAJUK karya ‘Pemberian’. Catan Minyak.
TAJUK karya ‘Pemberian’. Catan Minyak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia