Utusan Borneo (Sabah)

Merai persahabat­an, persaudara­an serumpun

Dari Sabah ke Pontianak menghadiri Dialog Borneo-Kalimantan XII

- -Artikel Sumbangan Azlan Syafie Abdullah

PERJALANAN

diteruskan dan kami berhadapan sekali lagi dengan kejauhan yang tidak berkesudah­an, pembaikan jalan dan rumah-rumah panjang masyarakat Dayak.

Nama-nama tempat beserta jarak ‘KM’ kelihatan, seperti Bintangor, Sarikei, Betong, Lechau, Kota Samarahan dan Sri Aman. Pada jarak 121 Kilometer ke Serian dan 181 Kilometer ke Kuching, tibatiba terlihat dalam papan tanda 50 Kilometer ke Serian. Serian di sekitar ini. Kalau benar, ini bermakna kami tidak perlu ke Kuching untuk berada lebih berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia.

Kalau memang Serian tidak jauh dari sini, bermakna Serian terletak jauh sebelum sampai ke Kuching. Dan ini bermakna kami tidak perlu ke Kuching kerana sempadan ke Indonesia menerusi Intekong adalah di kawasan ini. Ketika ini sekitar jam 8.30 malam. Penemuan bahawa Serian tidak jauh di kawasan ini menyebabka­n kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke Kuching. Sekiranya kami meneruskan perjalanan ke Kuching, kami akan sampai ke sana sekitar jam 12.45 malam/pagi. Antara Betong dan Sri Aman, kami memilih untuk makan malam, rehat dan tidur di Sri Aman jalan ke Betong tiba-tiba hilang dalam pengamatan kami. Kami sampai di pusat Bandar Sri Aman jam 10.00 malam.

Hari esoknya, Selasa (26.12.2017), kami bertolak dari Petronas Sri Aman jam 9.13 pagi menuju Serian, daerah sempadan dengan Indonesia. Papan tanda menunjukka­n jarak 121 Kilometer ke Serian dan 181 Kilometer ke Kuching. Bayangkan, betapa jauhnya kami harus berpatah balik ke Serian jika kami memilih untuk tidur di Kuching semalam. Kami melalui pemandanga­n hutan, kelihatann­ya seperti tumbuhan purba. Sejuk alam di sini. Kami sampai di Serian jam 11.10 pagi. Kami makan tengahari di sini. Kami keluar Serian jam12.13 tengahari, menuju Tebedo, nama kawasan di Sarawak yang bersempada­n dengan Indonesia. Papan tanda menunjukka­n jarak 42 Kilometer ke Tobedo, Tebakang dan 38 ke Mongkos. Dokumendok­umen kereta dan individu perserta (passport) mula dikeluarka­n dari dalam beg masing-masing. Di tempat inilah berlakunya insiden “Ganyang Malaysia” dalam peristiwa konfrontas­i ketika pembentuka­n Malaysia tahun 1963. Kami melalui bukitbukau, tanah tinggi dan alam semulajadi yang menghijau. Apakah ada mitos di sini?

Kami sampai di pos kawalan sempadan Tebedo-Entikong pada jam 12.55 tengahari. Semua urusan di sempadan selesai menjelang 2.56 petang, terus meninggalk­an sempadan, memasuki wilayah Negara Indonesia. Berbanding kawasan sempadan Malaysia di Sarawak yang sunyi, kehidupan meruap di sepanjang jalan bermula di sempadan dalam wilayah Indonesia ini. Kami berhenti untuk bergambar di pintu masuk Kalbar (Kalimantan Barat) pada jam 3.45 petang. Tidak jauh di hadapan, kelihatan polis berkawal. Kelibat polis berkawal ini kelihatan sejak di sempadan lagi, kerana Presiden Indonesia, Jokowi akan melawat Kalbar dalam sehari dua ini.

Kami meneruskan perjalanan dan sampai ke Gerbang Kabupaten Sanggau pada jam 5.00 petang. Bulatan Sosok berada di kawasan ini. Kami meninggalk­annya pada jam 5.25 petang setelah menghirup sedikit kopi panas di sini. Kelihatan rumahrumah Minang dan iklan-iklan masakan Padang. Ada arca tangan memegang tampayan. Kami sampai di simpang empat yang mempunyai arca pahlawan Dayak jam 6.20 petang. Perjalanan diteruskan dengan kejauhan yang semakin terasa. Kami ditemani sebuah bukit tinggi yang sentiasa kelihatan sepanjang perjalanan di wilayah Kalimantan Barat ini. Kami melalui jalan desa yang sangat sibuk dengan motosikal. Motosikal jadi kenderaan utama di sini. Bukit tinggi menghilang bersama kegelapan. Perkampung­an dan motosikal jadi sunyi. Kenderaan berkuranga­n. Kehidupan seperti tidak wujud lagi.

“Ai, apa ni tidak sampaisamp­ai ni? Jangan-jangan kita sudah salah jalan…” gumam Presiden. “Kenapa tidak sampai-sampai Pontianak ni? Hutan sudah ni.”

“Pontianak memang dalam kawasan hutan, Datuk,” kata saya. “Saya ada google. Pontianak memang di tengah hutan.”

“Berapa jam sudah kita berjalan ni?”

“Kita bertolak jam 5.25petang dari Bulatan Sosok. Kita masih dalam jangka masa perjalanan yang sepatutnya kita lalui ni, dalam tiga jam, sesuai dengan jaraknya kirakira 200KM.”

Dalam gelap malam, kami terus berharap perjalanan ini segera berakhir. Kirakira 45 minit selepas itu, kehidupan berlampu mula muncul sedikit demi sedikit. Dan terus bertambah banyak lampu elektrik dan bangunan. Di suatu tempat di mana ahli rombongan membuang air dan bertanya seseorang di sana arah pusat Bandar Pontianak, rupanya masih berjarak 27KM. Dalam laluan yang betul, kami melalui Jambatan Sungai Kapuas pada jam 8.21 malam. Akhirnya kami sampai di Pusat Kota Pontianak pada jam 8.35 malam. Terus

check in di Kapuas Palace Hotel, antara hotel terbesar di Pontianak.

Kami sampai sehari lebih awal berbanding rombongan lain dari Kuala Lumpur, Sarawak, Brunei, Labuan dan para peserta dari Indonesia sendiri. Pada pagi 27.12.17 (Rabu), penulis dan Amini Gawis meredah bandar raya Pontianak, memasuki pasar paling sibuk dan penuh pelbagai barangan, mencuba nasip kalau terjumpa kedai cenderamat­a, dan mahu bergambar di Jambatan Sungai Kapuas yang terkenal itu. Anggota rombongan yang lain juga ada agenda masing-masing. Ada juga yang rehat di hotel setelah melalui perjalanan tiga siang tiga malam yang amat meletihkan.

Kami berpindah bilik pada sebelah petang, untuk disesuaika­n dengan rombongan GAPENA dari Kuala Lumpur. Pada malam itu, para peserta diraikan dalam jamuan istimewa daripada rakan penulis yang terletak dalam Kota Pontianak juga. Pada malam inilah para peserta menikmati jus yang dibuat daripada daun lidah buaya yang penuh dengan khasiat dan manfaat tertentu, selain pelbagai juadah lain yang sangat enak, penuh rasa dan dihidangka­n aroma keikhlasan, kerana beriring doa restu anak tuan rumah yang mendapat peluang belajar ke luar negara. Seorang “Professor” turut hadir dalam majlis jamuan merai delegasi pelbagai negara itu, yang berisi penuh cerita persahabat­an, persaudara­an serumpun, dunia akademik, penulisan dan kebudayaan melibatkan Borneo-Kalimantan yang dikongsi bersama Malaysia, Indonesia dan Brunei.

 ??  ?? DELEGASI bergambar ketika memasuki Wilayah Pontianak.
DELEGASI bergambar ketika memasuki Wilayah Pontianak.
 ??  ?? MENGISI minyak dalam perjalanan.
MENGISI minyak dalam perjalanan.
 ??  ?? MAJLIS jamuan meraikan peserta.
MAJLIS jamuan meraikan peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia