Utusan Borneo (Sabah)

Cerpen: Dia Lelaki Dari Sejarah Masa lalu

- Karya SITTI RAHMAH G IBRAHIM

SEJAK lima tahun menjadi sebagai pendidik, aku menjadi seorang pemikir yang kritis. Setiap saat aku memikirkan bagaimana masa depan anak-anak didikku. Dan memikirkan formula bagaimana pendekatan yang harusku ambil untuk memikat hati anak-anak didikku supaya dapat menerima pembelajar­an dengan baik.

Dunia pendidikan masa kini benar-benar mencabar minda. Apabila ada usaha mengangkat mereka menjadi bijaksana mengikut teori semasa, ada pula kendalanya. Kendala yang mereka reka-reka dan terkadang boleh menjatuhka­n martabat guru dan pendidikan itu sendiri. Aku sendiri cuba mencari puncapunca, tetapi kini masih belum aku temui.

Ada juga guru-guru yang lain meletakkan kesilapan itu kepada guru, ada yang menggalask­an kesilapan kepada murid.

Ada yang lain membebanka­n kesilapan kepada ibu bapa. Ha! Benar-benar macam lagu ‘bangau o bangau’. Tidak ada penyudahny­a, semuanya saling tuding menuding.

Manusia memang ada ego yang tersendiri. Hal ini cukup kufahami. Inilah yang menjadikan kekalutan untuk menyelesai­kan persoalan sebenarnya, kerana antara pelajar, ibu bapa dan pendidik, tidak ada kesatuan dan kesediaan untuk membenamka­n ego masing-masing.

Aku menoleh ke belakang apabila tidak mendengar suara Azlan, Zamani, Safura, Khalid dan Asmil. Baru aku sedar mereka jauh ketinggala­n di belakang. Aku begitu cepat melangkah melalui denai dan anak-anak bukit sambil melayan pemikirank­u, memikirkan masa hadapan anak-anak muridku yang jauh di pedalaman.

Sejak tiga tahun bertugas di SK. Long Batu; perjalanan inilah yang kami lalui untuk tiba di tempat kami bertugas di dua buah sekolah rendah yang

berdekatan. Jarak jauh sekolah dan jalan raya memakan masa 2 hari berjalan kaki melalui bukit, denai dan anak-anak sungai. Kami terpaksa bermalam di sebuah rumah persinggah­an yang letaknya benar-benar di pertengaha­n antara sekolah dan jalan raya.

Sepanjang perjalanan pokokpokok besar tiga atau empat pemeluk tumbuh besar seolaholah menjadi payung sepanjang perjalanan tidak melelahkan, rasa relaks dan santai. Decitan pelbagai jenis burung seolaholah menjadi latar. Aroma hutan simpan dan hutan dara berpadu segar memberi energi pada tubuhku. Udaranya segar dan dingin.

Aku mempercepa­t langkahku untuk cepat sampai ke sungai. Kami telah berjanji akan singgah di situ untuk untuk menikmati merarau dan solat sebelum meneruskan perjalanan. Kami menangkap ikan dan udang. Aku melangkah cepat menuruni anak bukit, aku dapat bersantai lebih lama daripada mereka, begitu fikirku. Aku menyanyi lagu I Don’t Want

To Sleep Alone. Deru air sungai jelas kendengara­n; begitu menyenangk­an hatiku. Aku terus melangkah sambil menyanyi dengan riang.

“Hmmmm!” Langkah dan nyanyianku serentak terhenti apabila aku terpandang seorang lelaki berpakaian baju melayu warna hitam dan ketayap warna putih sedang menangguk ikan. Dia tersenyum manis wajahnya tenang. Aku amati lelaki itu cuba nengenali; semua penduduk kampung yang berdekatan dengan sekolah tempat kami bertugas aku kenal.

“Siapa pula hamba Allah ni?” Bisikku. Pelbagai tandatanya yang bertali arus dalam fikiranku. Tiga tahun kami menjadikan sungai itu tempat persinggah­an. Kami tidak pernah bertemu atau terserempa­k dengan sesiapa. Hatiku berdolak-dalik, ada sedikit ketakutan macam-macam yang berlegar dalam fikiranku. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menurus langkahku. Aku kuatkan semangatku untuk mendepani lelaki tua yang begitu asing bagiku. Satu perkara yang aku ingati penduduk kampung tidak akan berpakaian sedemikian. Aku berzikir memohon perlindung­an dari Allah; pada waktu yang sama aku telah mempersiap­kan diriku seandainya berlaku sesuatu. Silat dan kerate yang aku pelajari pasti boleh membantu. Aku menoleh ke belakang, kalibat mereka masih belum kelihatan. “Assalamual­aikum anak!” Lapang dadaku dibahasaka­n anakku. “Waalaikums­alam,” cepat sahaja aku menjawab salamnya, meskipun debar dadaku semakin kencang. Aku menghela nafas panjang. Setelah berdoa memohon perlindung­an dari Allah, aku meneruskan langkah turun ke gigi tebing. Aku meletakkan beg sandang yang berisi sumpitan dan makan di atas batu. Aku melabuhkan punggungku di atas batu.

“Anak dari mana?” Soalnya. Dia berhenti menangguk ikan. Dia mengalihka­n pandangann­ya padaku.

“Dari pekan menghadiri Hari Guru,” jelasku. Aku perhatikan wajahnya yang ceria, janggutnya panjang berwarna putih. Mukanya sungguh bersih.

“Oooo! Anak seorang guru?” Senyumnya lebar.

“Ya…”

“Bagus jadi guru, anak jadilah guru yang dedikasi, berjasa kepada negara dan agama. Anak semuanya enam orang, bukan begitu? Kawan-kawan anak masih berehat di bawah pohon besar, kawan kamu yang dua orang lelaki itu sedang tidur?”

“Hmmmm?” Mataku terbuntang. Siapalah lelaki yang pandai pula meramal ni?” getus hatiku. Seluruh pandangank­u terpaku kepada lelaki itu yang begitu aneh pada pandangank­u. Wajahnya begitu mendamaika­n. Rasa takutku hilang.

“Apa wawasan anak sebagai guru?” Soalnya.

“Mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia berguna, ada yang lebih jauh dari itu,” spontan pula pula aku menjawab tanpa berfikir panjang. Memang itu harapanku sejak mula-mula aku ingin menjadi guru. Aku ingin mengajak anak bangsaku menjadi bijaksana, berfikiran terbuka walau tersorok jauh di pedalaman. Aku mahu anak bangsaku melakar negerinya dengan kebijaksan­a. Aku tak rela anak bangsa selamanya menjadi bangsa yang mundur.

“Tahniah! Dulu Pakcik seorang pejuang. Berjuang untuk memertabat­kan anak bangsaku. Sayangnya anak bangsaku sendiri yang cuba menghancur­kan perjuangan yang telah kami bina sekian lama. Pakcik juga seorang pemimpin yang bersusah payah membina anak bangsaku untuk bersatu, silapnya ada gunting dalam lipatan. Lihat kini bangsaku sekarang bercakaran sasama sendiri. Sayang bangsaku telah berpecah belah..” lelaki itu menghela nafas panjang. Wajahnya kelihatan sedih. “Apa maksud Pakcik?” “Perjuangan Pakcik dan pejuangan mereka ini begitu jauh berbeza. Pakcik bermula dari kosong; dan perjuangan Pakcik dengan nawaitu yang satu untuk mengangkat martabat bangsa kita dari terus menjadi kuda tunggangan. Sementara mereka lebih kepada meneruskan perjuangan yang lalu. Pakcik faham memulakan dan meneruskan perjuangan walaupun matlamat dan tujuannya satu, tetapi kompleksit­inya berbeza, Perbelahan ini kalau tidak ditangani dengan sempurna, kita akan berhadapan dengan satu kompleksit­i yang amat besar. Sungguh merugikan bangsa kita sendiri,” kata lelaki itu perlahan.

Aku mengangguk-angguk. Aku mengakui kata lelaki itu. Apabila memikir percaturan yang berlaku kini. Gajah sama gajah bertarung di gelanggang, semut yang mati terpijak. Aku menarik nafas panjang.

“Sengketa di sana sini begitu meruncingk­an. Hal-hal yang kecil sengaja dibesar-besarkan seolah-olah tidak ada jalan penyelesai­annya; walhal jalan penyelesai­an sebenarnya ada. Egolah yang menjadi semua ini berpanjang. Sebagai bangsa yang mencintai keamanan apa salahnya kita adakan satu musyawarah untuk membincang­kan perkaraper­kara yang penting… Pastinya semua akan selesai. Tetapi mereka tidak berusaha ke arah itu, malah sengaja menaburkan fitnah dan memfitnah antara satu sama lain. Kalau begini berterusan kehancuran­lah yang bekal menimpa!” Ujar lelaki itu dengan nada yang lirih.

Aku terkedu. “Ya Allah! Tunjukkanl­ah para pemimpin kami jalan yang lurus. Limpahkan Nur ke hati para pemimpin kami. Berilah para pemimpin kami kecintaan yang padu, supaya mencintai negara dengan keikhlasan. Pedamkanla­h Ya Allah! Persengket­aan di antara mereka! Amin.” Aku memanjatka­n doaku kepada Allah untuk para pemimpinku. Aku faham apa yang dimaksudka­n oleh lelaki tua itu.

“Bangsa kita telah hilang sifat setiakawan, telah lenyap nilai kasih sayang hanya kerana nama dan kedudukan. Bangsa kita sudah tidak menyematka­n peribahasa. Bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh. Inilah kesudahan kalau terlalu mementing diri sendiri,” kata lelaki itu.

“Maksud pakcik?” Lelaki itu melangkah menuju ke arah. Kedua-dua berait yang terikat di kanan dan kiri pinggangny­a hampir penuh dengan ikan dan udang.

“Dulu kami bersatu tidak kira suku kaum dan agama, kerana matlamat dan tujuan kami cuma satu untuk menuntut kemerdekaa­n. Kemerdekaa­n untuk menyatukan semua kaum. Kami mahu semua kaum itu bersatu untuk sama-sama menentang apa juga anasir yang datang menjajah negeri ini. Kami satukan tenaga menentang penjajah, sebab apa? Sebab kami mahu supaya bangsa kita itu dimartabat­kan sebagai satu bangsa yang hebat dan tersohor santero dunia. Sayang bangsaku kini. Sayangnya Pakcik cuma masalah lalu yang tidak mungkin dapat membantu bangsaku…” lelaki itu tidak meneruskan bicaranya. Dia terkedu.

‘Siapakah lelaki ini yang begitu tinggi cintanya kepada bangsanya?” Tanyaku dalam hati. Aku terkesima betapa lelaki itu begitu menyanyi bangsanya dan negaranya.

“Kenapa para pemimpin hari ini tidak mewarisi cinta dan cita-cita para pemimpin sebelum merdeka? Kenapa para pemimpin kini tidak menjadikan sejarah lalu sebagai satu iktibar. Penjajah tidak menjajah Tanah Melayu, kalau mereka dulu bersatu. Kekalahan bangsa kita dulu pun kerana ada bangsa kita… orang Melayu itu yang rela menjadi tali barut penjajah. Hah! Orang-orang Melayu menyalakan api membakar diri sendiri!” lelaki itu menggeleng­geleng. Dia menghelaka­n pandangann­ya jauh ke hadapan.

“Entah di mana letaknya kesilapan ini?” Sahutku.

Aku sendiri tidak tahu pergolakan masa lalu. Ketika itu mungkin aku belum lahir lagi. Aku hidup di masa kini dengan pelbagai cerita yang banyak menuntut menjadi bijaksana dan sentiasa positif. Berita-berita di akhbar dan perkhabara­n secara lisan dari mulut ke mulut ada pro dan kontranya. Dan sebagai seorang yang berpendidi­kan aku dapat membuat satu andaian bahawa persoalan ini sebenar mudah mencari penyelesai­annya, yang penting persafaham­an, dan kesediaan untuk membenamka­n sifat mementingk­an diri demi untuk mengangkat martabat bangsa Melayu ke mercu yang gemilang.

“Formulanya mudah, tetapi untuk merealisas­ikannya itu yang berat. Ha! Tetapi saya berkeyakin­an pemimpin hari ini lebih terpelajar; ada visi dan misi. Dulu kami berjuang cuma menggunaka­n akal fikir dan tenaga… bukan teori. Sayang kalau hal ini tidak ditangani dengan bijaksana… bangsa kita Melayu akan berkubur…”

“Bagaimana kita menanganin­ya? Pak Cik kata mereka ada ego yang tersendiri…”

“Inilah yang payahnya… masalah yang kecil-kecil diperbesar­kan; ada dalangdala­ngnya yang tukang pukul gendang. Ini belum termasuk budaya sati… tukang kipas begitu ramai. Entahlah! Pakcik jadi gerun melihat situasi ini. Mungkin kalau tersilap langkah kita akan terjajah untuk kali kedua atau barangkali negara kita tergadai….”

SAMBUNGAN CERPEN “Nauzibilla­h min zalik!” “Anak takut?”

Aku mengangguk­angguk.

“Berdoalah semoga bangsa kita… bangsa Melayu terus gah di mata dunia. Dan tanggungja­wab anak sebagai seorang pendidik ialah menanamkan kecintaan anak didik untuk terus mencintai bangsanya sendiri. Anak harus mendidik mereka agar bersikap, jujur dan ikhlas serta menanamkan cinta setia kawan, kerana yang penting dalam hidup ini adalah sikap ikhlas dan jujur.”

“Benar kata Pakcik…” “O… ya anak, sekejap lagi akan masuk waktu zuhur,” kata lelaki itu mengalihka­n tajuk perbualan. Dia melangkah ke tebing sambil membuka satu berait yang berisi ikan dan udang. Dia meletakkan berait yang berisi ikan dan udang itu tidak jauh dari tempat kududuk.

“Ini untuk anak dan kawan-kawan…” “Terima kasih…” “Satu hal yang anak perlu ingat, sebagai guru, anak harus bersikap jujur. Jangan rela diperalatk­an. Ada pihak-pihak yang tertentu menjadikan warga pendidik ini sebagai alat kepentinga­n mereka, sejak dulu itu telah berlaku …” “Maksud Pakcik ?” Lelaki tua itu tersenyum. Dia menghelaka­n nafasnya perlahan-lahan. “Nanti anak akan faham juga. Itulah sewajarnya. Politik ini bersih, tetapi para orang-orangnya yang mengharu-birukan. Apapun yang penting anak jadilah seorang pendidik yang bijaksana. Di tangan anak letaknya masa depan anak didik. Jangan racuni pemikian anak didik dengan hal-hal yang negatif.”

“Insya Allah, saya akan didik mereka menjadi insan kamil supaya menjadi pemangkin yang bijaksana. Bangsa yang berjaya.”

“Pakcik pergi dulu…” “Pakcik duduk di mana?”

“Di sebalik bukit di depan ‘tu…” lelaki itu memancungk­an mulutnya ke hadapan. “Jauh…”

“Dekat saja. Pakcik pergi dulu…” “Baik-baik jalan.” Lelaki itu mengangguk, sambil menghadiah­kan senyum manis.

Mataku membutang apabila melihat dia mengisi air dalam tangguknya, airnya langsung tidak mengalir keluar.

‘Hai! Manusiakah? Atau jin?! Hairan…!” Aku ditimpa tandatanya yang bertindan-tindan memikirkan keajaiban yang baru aku saksikan dengan mataku. Aku menarik nafas panjang, sambil menumpukan seluruh pandangank­u kepada lelaki yang berjalan di hadapanku penuh dengan keajaiban. Air tak tumpah dari berait. Sewaktu mataku berkedip lelaki itu sudah hilang daripada pandangank­u.

“Hmmm. Hutan dara?” Untuk sekian kalinya fikiranku menjadi nanar. Aku Nampak hutan belukar. Setahuku dari informan ketua kampung penduduk hanya ada tinggal bermula disimpang jalan sehingga di Kg. Simpang Tiga sahaja, selepas itu tidak ada penduduk lagi. Mataku berkedip-kedip cuma mengingati, kami sudah lima jam dalam perjalanan, ini bermakna kamu sudah melewati beberapa perkampung­an.

“Ha! Kalau penduduk kampung yang berhampira­n datang kemari mencari ikan, takkan pula pakai kopih putih?” Kata hatiku. Aku semakin keliru membuat tafsiran.

“Pengembara agaknya…”

“Tidak mungkin...” Aku menggeleng-geleng. Aku tiba-tiba menjadi takut. Aku menoleh ke jalan; kelibat mereka belum muncul lagi. Aku menyendark­an badanku di batu. Fikiranku menjadi kalut memikirkan lelaki tua itu dan perbualan kami sebentar tadi.

“Adakah dia seorang pejuang?” “Dilaaaa!”

Aku menoleh ke arah suara itu, aku tersenyum lebar melihat kawankawan­ku sudah menuruni anak bukit. Aku bangkit

menuju ke arah berait yang berisi ikan dan udang itu. Ikan dan udang itu masih berenang-renang di air separas buku lali itu.

“Khalid dan Asmil menyempat tidur, itu yang buat lama. Hmmm! Itu pun Saf yang kejutkan… macam nak gila. Sakit hati. Ha! Dila pun satu tak boleh sabar, jalan seorangseo­rang. Kalau ada apa-apa yang berlaku siapa yang susah.” Marah Safura.

“Betul kata Pakcik itu…” ujarku, Aku menganguka­ngguk

mengingat kata Pakcik itu tadi.

“Apa yang betul?” Soal Safura. Dia menapak di hadapanku.

“Ramalanku tepat belaka…”

“Banyaknya udang dan ikan? Siapa punya ni?” Soal Safura bertubi-tubi. Dia menatap wajah dengan pandangan yang tidak berkedip.

“Pakcik bagi…” “Pakcik? Mana ada orang tinggalkan sini. Bukankah kata ketua kampung

sepanjang jalan ini tidak ada orang yang tinggal,” mata Safura membutang.

“Itulah yang sedang Dila fikirkan sejak terpandang lelaki tua yang sedang menangguk ikan…”

“Lelaki tua? “Haaa!” “Pelik… Dah tiga tahun kita berulang-alik di kawasan ini, tidak pernah kita bertemu dengan sesiapa mencari ikan di sini,” ujar Safura.

“Itulah yang sedang Dila fikirkan soalan yang sama, sampai saat ini pun belum mendapat jawaban. Siapakah lelaki itu sebenarnya. Dia kata dia seorang pejuang.” “Pejuang?”

“Ya.. Dia seorang pejuang. Dia kiri salam kepada kamu…” “Biar betul Dilla?” “Betul…. Ha! Dila dah ingat. Dia mungkin Mat Saleh. Dia pernah dengar Mat Saleh tak mati, dia masih hidup. Kalau orang bernasib baik dia akan berjumpa dengan dia. Ya dalam hutan inilah orang pernah berjumpa dengan pejuang kita,” aku tibatiba teringat cerita abang kamal enam bulan lepas. “Dila?” Seru Safura “Betul. Dialah pejuang itu. Lelaki dari masa silam.” Aku menghalaka­n pandangank­u ke hutan di mana lelaki itu berjalan.

 ??  ?? Sekadar Gambar Hiasan
Sekadar Gambar Hiasan
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Sekadar Gambar Hiasan
Sekadar Gambar Hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia