Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

BERANDA PILIHAN RAYA

Pilihan raya biasa seperti galeri orang ramai melihat-lihat, memeriksa, menilai mana yang terbaik memikat. Bagaimana pun yang kelihatan baik hanya di musimnya, begitu galeri dibuka dan kita menyaksika­n pada satu masa. Bahan-bahan lama tampak antik dan mungkin berjasa dan mungkin dipamerkan semula.

Duduk di beranda menyaksika­n alam terungkain­ya galeri insan dan cita-citanya yang tak pernah padam di sebalik garis dan warna perjuangan. RupHA 18 Januari 2018

SELEPAS ACARA

Pulang terasa tertahan-tahan seolah kenangan saja yang menang

Lalu berjanji akan kembali dan ingin menebus rindu yang bertali

Ketika datang kemarin bersama tiada ketika kembali bersama tiada yang sirna

Masing-masing membuka ketulenan harga negara dijaja sedikit wang tabungan

Ah! Dari satu wilayah ke satu wilayah bicara kita sama saja

Menghias negeri dipamer wisata lalu diberikan perkataan puji serta puja

Berbagi sebahagian bahagia menyantuni budaya serumpun sastera

Disumbangk­an sekelumit warna persahabat­an Berbunga kembang menerima penghargaa­n. RupHA 22.11.2017

RENTA PETUALANG

Sejarah hanya peristiwa yang ditulis dan kau mempunyai kenangan itu. Sejarah adalah takdir tak perlu bisikan tetapi tindakan dari jiwa yang besar dan agung pada suatu ketika sebahagian hanya kenangan dari masalalu.

Sejarahkah juga ketika hala tuju terpaksa dipacu bersekongk­ol dengan para musuh? Kau tidak ke mana-mana, hanya jiwa dibejati beban-beban silam, mangsamu objek yang goyah dalam yakin menahan dogma enggan mudah menerima suara.

Setiap yang salah mandatori tetap salah sejarah yang dicipta dari sebuah kuasa tak mungkin berulang kau hilang di sebalik percaturan kau renta di mata para petualang. RupHA 7 November 2017 MENANG YANG MELAWAN yang melawan akan menang.

moralnya bersarang di kepala para orang di belakangny­a. sebelum kalah merasa menang setelah sirna moralnya di mata yang memiliki hatinya.

siapakah pemberani yang mencipta silap, siapakah pengecut yang membina persepsi menggodam jitu semangat?

ketika cicitku bertanya, hanya catatan ini mampu menjawab, masa lalu yang mengancam bangsa yang sedang dibina. kami, katanya pemangsa sejarah, pejuang yang sia-sia.

kembalikan semua maruah bangsa yang telah sirna. kembalikan jati diri yang ditelan serakah gila. ini masa lalu yang kami miliki.

yang melawan akan menang di mana juga zamannya. RupHA Kg Gudon 22 Oktober 2050 HASYUDA ABADI mula menceburka­n diri dalam aktiviti persuratan pada 1979. Cenderung kepada penulisan puisi, cerpen, esei kritikan dan drama. Hasyuda antara penerima Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1986, Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada 2008 dan Hadiah Sastera Sabah sejak tahun penilaian - 1989, 1991, 1998, 2000, 2002, 2004, 2007, 2008, 2012, 2014 dan 2016. Hasyuda menerima Anugerah Tokoh Penyair Islam Sabah pada tahun 2008, pemenang Hadiah Utama Peraduan Menulis Puisi Berunsur Islam 2011 anjuran DBP Cawangan Sabah melalui kumpulan puisinya berjudul ‘Perlimbaha­n Cinta’. Hasyuda pernah mengikuti Program Penulis Anak Angkat Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah pada tahun 1987 di bawah asuhan penyair dan Sasterawan Negara Dato’ Dr. Haji Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Program Penulisan Majlis Bahasa dan Sastera Asia Tenggara (Mastera) di Jakarta pada tahun 1997 di bawah pimpinan para penyair terbaik Nusantara iaitu Dr. Sapardi Joko Damono, Dr. Abdul Hadi W.M dan Taufiq Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia