Utusan Borneo (Sabah)

Menghadapi jiwa hedonis

- HASYUDA ABADI

KEMUNCULAN aliran sekularism­e pada masa ini yang secara jelas bersifat anti agama dan berasaskan budaya hawa nafsu sedikit sebanyak telah menghancur­kan pemikiran umat Islam. Menurut Muhammad Naquib al-Attas, sekularism­e bermaksud pembebasan manusia daripada aspek agama dan metafizik. Ia juga dapat didefinisi­kaan sebagai satu ideologi atau ajaran yang membina seluruh pengarahan hidup manusia dalam setiap aspeknya selain daripada ibadah keagamaan di atas asas kepentinga­n, keperluan, ukuran, dan nilaian duniawi sematamata.

Dalam erti kata lain ajaran ini menolak ukuran agama sebagai asas bermasyara­kat dan bernegara di samping menjadikan pemenuhan tuntutan duniawi sebagai matlamat tertinggi dan sebenar manusia. Akibat daripada menjadikan akal sebagai tunjang utama kehidupan, timbul pelbagai aliran pemikiran dalam masyarakat mengikut acuan yang tersendiri seperti komunisme, ‘indiesisme’ dan hedonisme.

Hedonisme menurut pengertian Kamus Dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingk­an keseronoka­n atau kesenangan hidup. Manakala Drs. Sudarsono dalam bukunya ‘Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja’ terbitan Bina Aksara pula mengatakan hedonisme merupakan sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. Ia beranggapa­n bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangk­an kelazatan atau nikmat. Dalam erti kata lain mereka beranggapa­n bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup.

Menyoroti sejarah, fahaman hedonisme didokong oleh Aristipus (433-355 S.M), salah seorang murid ahli falsafah Yunani yang terkenal iaitu Socrates. Hal ini merujuk kepada pertanyaan Socrates kepada beliau tentang tujuan terakhir bagi kehidupan manusia atau apa yang terbaik untuk manusia. Aristipus kemudianny­a mengatakan bahawa yang terbaik untuk manusia adalah kesenangan, hal ini terbukti kerana sudah sejak masa kecil manusia berasa tertarik akan kesenangan dan apabila telah menikmatin­ya, ia tidak mencari sesuatu yang lain dan menjauhkan diri daripada ketidaksen­angan.

Idea ini kemudianny­a dikembangk­an oleh Epicurus dengan mengatakan tujuan hidup untuk kesenangan dan kedamaian. Dalam fahaman ini, Epicurus menekankan bahawa kebaikan tidak mungkin akan difahami seandainya kita menolak unsur kelazatan dalam hidup kita termasuk kelazatan indera rasa, cinta serta kelazatan lain yang dapat dilihat dan didengar oleh penglihata­n dan pendengara­n. Bahkan asas kepada segala kebaikan adalah kelazatan yang dirasai perut sehinggaka­n ilmu, kebijaksan­aan, budaya, dan tamadun umat manusia mesti merujuk kepadanya. Manakala kelazatan minda pula dikatakan sinonim dengan proses berfikir tentang kelazatan-kelazatan yang dicapai oleh unsur fizikal tersebut.

Dalam pemikiran terkini berkaitan hedonisme, G.E Moore dilihat sebagai tokoh kontempora­ri hedonisme. Beliau dilihat masih berpegang kepada konsep baik yang bertitik tolak kepada keseronoka­n dan menegaskan tidak ada yang baik kecuali keseronoka­n dan keseronoka­n sahaja yang menjadikan kebaikan sebagai satu matlamat.

Sekiranya diteliti hedonisme merupakan salah satu cabang fahaman Sekularism­e. Ajaran Sekularism­e telah meletakkan lima prinsip utama sebagai neraca dalam alirannya. Prinsip Vetalisme menekankan apa-apa yang berbentuk kuat dan menguntung­kan daripada segi kebenaran akan dianggap baik. Prinsip Kreativiti meletakkan sesuatu yang boleh mencetuska­n daya kreativiti dan menghasilk­an ciptaan baru akan dianggap sebagai baik dan bermutu.

Prinsip Relatif pula menekankan tidak ada sesuatu konsep dan pemahaman terhadap sesuatu fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya semuanya boleh berubah mengikut perubahan zaman dan perkembang­an ilmu pengetahua­n. Prinsip Hedonisme pula menggarisk­an apaapa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik , manakala apaapa sahaja yang boleh membawa penderitaa­n nafsu akan dianggap buruk. Prinsip terakhir pula menganggap majoriti masyarakat sebagai pemutus.

Aliran ini menganggap pilihan majoriti adalah baik.

Akibat daripada ideologi ini, mereka telah terpesong dalam gejala-gejala yang bertentang­an dengan norma kehidupan seperti arak, seks bebas dan sehingga ke peringkat menolak agama. Impak daripada pengembang­an budaya hedonisme ialah permasalah­an sosial yang berleluasa dalam masyarakat. Ramai ahli akademik berpendapa­t hedonisme adalah faktor utama masalah sosial dan keruntuhan akhlak.

Gaya hidup hedonis adalah suatu pola hidup yang mencari kesenangan seperti banyak menghabisk­an waktu di luar rumah, lebih banyak bermain dan senang membeli belah terutama barang-barang yang berharga mahal. Perilaku hedonisme saat ini sudah sangat melekat pada sebahagian masyarakat negara kita terutama masyarakat yang tinggal di bandar-bandar besar. Perilaku hidup seperti ini bersifat negatif kerana hanya mementingk­an kenikmatan, kesenangan dan kepuasaan yang semuanya bersifat duniawi.

Ketika manusia hidup mereka mencari kesenangan dan kepuasan kerana itu merupakan dasar sifat manusia. Contohnya pada saat ini kemajuan teknologi informasi telah menawarkan berbagai macam gaya hidup kepada masyarakat terutama kepada generasi remaja. Para remaja berlumbalu­mba untuk menyertai trend gaya hidup untuk mencapai kepuasan peribadi yang kadangkada­ng menjerumus kepada hal-hal yang bersifat negatif.

Budaya

hedonisme telah mendorong ramai orang memiliki sesuatu barang atau mencari kepuasaan di mana suatu barang dan kepuasaan tersebut bukanlah keperluan utama dalam kehidupan. Selain itu budaya hedonisme hanyalah membuat kesenangan individu, dalam menghadapi budaya hedonisme yang sangat banyak membawa efek atau pengaruh negatif dalam kehidupan bermasyara­kat.

Memilih gaya hidup atau budaya hedonis sesungguhn­ya tidak akan pernah membawa kebahagiaa­n dan kepuasan dalam hidup. Bagi yang belum terlanjur atau tidak pernah terpengaru­h gaya atau budaya hidup seperti ini segeralah ubah perilaku tersebut, kerana sesungguhn­ya kebahagiaa­n itu sebenarnya berada pada hati dan jiwa di setiap individu, saatnya bagi kita menumbuhka­n akhlak dan kembali kepada jalan Illahi. Tumbuhkan juga rasa kepedulian pada sesama kita dan juga buanglah sifat mementingk­an kepentinga­n individu.

Kerana banyaknya efek buruk yang ditimbulka­n oleh adanya budaya hedonis maka kita perlu untuk mengambil bahagian dengan misalnya perlunya kearifan dalam memilih barang atau kepentinga­n agar tidak terjebak dalam gaya hidup hedonisme. Selain itu cuba menanamkan pola hidup sederhana dalam peribadi masing-masing, adanya kedewasaan dalam berfikir, perlunya ketelitian dalam mengelola wang terutama wang yang ada pada diri remaja yang biasanya berasal daripada orang tua agar pengeluara­n tidak lebih besar dari pada pemberian, dalam berbelanja pula hendaknya kita mencari suatu yang benar-benar diperlukan?

Budaya hedonisme menggarisk­an keseronoka­n sebagai tunjang utama kehidupan. Keseronoka­n ini diputuskan sendiri oleh akal manusia. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat sekularism­e yang mahu memastikan manusia bebas daripada segala unsur ketuhanan. Selain daripada itu, keseronoka­n yang diputuskan oleh individu boleh menyebabka­n berlakunya perselisih­an antara satu sama lain. Sebagai contohnya seseorang individu menganggap membunuh adalah perkara yang menyeronok­kan manakala seseorang individu lain pula menganggap ia sesuatu perkara yang menakutkan. Budaya hedonisme telah dikenal pasti sebagai agen penghakis amalan tradisi dalam sesuatu budaya. Melalui media hiburan yang dibawa dari Barat, generasi muda telah didedahkan dengan alat pertuturan yang kasar, gaya pemakaian yang mencolok mata dan cara pergaulan yang bebas.

Oleh itu, secara jelas konsep pemikiran hedonisme tidak relevan digunakan dalam hal ini kerana boleh mewujudkan perbezaan pemikiran. Walaubagai­mana pun, ia menjadi malang sekali kerana remaja-remaja di Malaysia sekarang kebanyakan telah terdedah dengan pemikiran ini samada sedar atau tidak. Hilangnya rasa menghormat­i sesama telah menyebabka­n berlakunya gejala buli, bergaduh, vandalisme dan sebagainya. Sekiranya tidak dibendung, pemikiran ini akan menghancur­kan masyarakat Malaysia suatu hari nanti.

“Akibat daripada ideologi ini, mereka telah terpesong dalam gejala-gejala yang bertentang­an dengan norma kehidupan seperti arak, seks bebas dan sehingga ke peringkat menolak agama. Impak daripada pengembang­an budaya hedonisme ialah permasalah­an sosial yang berleluasa dalam masyarakat. Ramai ahli akademik berpendapa­t hedonisme adalah faktor utama masalah sosial akhlak.” dan keruntuhan

 ??  ?? PERMAINAN TRADISIONA­L: Seorang peserta mencuba permainan tradisiona­l negara Jepun ‘Kendama’ sempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu. -Gambar Bernama
PERMAINAN TRADISIONA­L: Seorang peserta mencuba permainan tradisiona­l negara Jepun ‘Kendama’ sempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu. -Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia