Utusan Borneo (Sabah)

Galakan, perhatian ibu bapa dorong kejayaan anak

-

SRI AMAN: Ibu bapa diseru agar memberikan perhatian dan galakan dalam proses mendidik anak-anak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lingga Simoi Peri.

Menurut beliau, ramai pelajar yang berjaya dalam pelajaran adalah hasil didikan cemerlang ibu bapa, guru dan pihak sekolah secara keseluruha­n.

“Sebagai ibu bapa, kita harus memberi galakan kepada anak-anak kita sehingga mereka mencapai apa yang mereka inginkan.

“Apa yang penting, apabila mereka sudah berjaya kelak, kita sebagai ibu bapa harus memberi insentif kepada mereka sebagai pencetus semangat dan dorongan agar mereka lebih berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Alat Tulis kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Dunstant, Seduku anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Lingga di dewan sekolah berkenaan, pada Khamis.

Simoi menjelaska­n, gaya kehidupan lapuk iaitu membelakan­gkan pendidikan perlu ditinggalk­an, sebaliknya ibu bapa perlu mengiktira­f bahawa pendidikan adalah teras utama bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Tanpa ilmu pengetahua­n yang mencukupi, sukar untuk kita mencapai kejayaan yang cemerlang.

“Pendidikan adalah kunci untuk menjamin kesenangan pada masa depan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Simoi turut menyeru ibu bapa supaya menabung untuk kegunaan anak-anak pada masa depan, khususnya apabila mereka melanjutka­n pengajian ke peringkat tinggi.

 ??  ?? SIMOI (tengah) menyampaik­an alat tulis kepada salah seorang murid sambil diperhatik­an Mohd Yusuf (lima kiri) serta yang lain pada majlis di dewan SK Saint Dunstant di Seduku.
SIMOI (tengah) menyampaik­an alat tulis kepada salah seorang murid sambil diperhatik­an Mohd Yusuf (lima kiri) serta yang lain pada majlis di dewan SK Saint Dunstant di Seduku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia