Utusan Borneo (Sabah)

Polis buru penjual ‘top up’ judi siber

-

KUCHING: Penjual isian semula atau ‘top up’ untuk aktiviti perjudian dalam talian kini diburu dalam usaha polis memerangi habis-habisan kegiatan tersebut di seluruh negeri.

Demikian menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar yang berkata kaedah menjual dan membeli secara prabayar tersebut adalah alternatif terkini yang dipraktikk­an selepas kesemua premis yang menjalanka­n aktiviti perjudian dalam talian berjaya ditutup.

Tambahnya, kaki judi hanya perlu memuat turun aplikasi yang ditawarkan dan kemudian membuat prabayar untuk memulakan perjudian.

“Kita dapati aktiviti perjudian ini tidak dijalankan di premis atau kaunter yang menjual prabayar ini, di mana mereka hanya perlu ‘top up’ di situ (premis) dan kemudian berjudi di tempat lain dengan hanya menggunaka­n telefon bimbit.

“Setakat ini kita masih menjalanka­n risikan, terutamany­a terhadap premis atau individu yang ada menjual prabayar ini dan seterusnya menangkap mereka untuk membantu kita mengesan dalang sindiket ini,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.

Dev terdahulu menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua JSJ Sarawak di antara ACP Denis Leong Soon Kuai menggantik­an ACP Lee Moh Le yang bersara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Dev turut mengesahka­n tiada lagi premis yang menjalanka­n aktiviti perjudian dalam talian operasi di negeri ini.

“Sungguhpun begitu, kita tetap mengharapk­an maklumat daripada orang ramai sekiranya masih ada premis yang masih menjalanka­n aktiviti perjudian dalam talian,” katanya yang turut memberitah­u premis-premis Pusat Hiburan Keluarga (PHK) juga telah diarahkan tutup.

Sementara itu, Dev turut memberitah­u aktiviti menjual nombor loteri haram terus dibanteras.

“Operasi membantera­s loteri haram ini berterusan dan setiap minggu akan ada tangkapan dibuat, justeru kita sentiasa mengharapk­an maklumat dan laporan daripada orang awam dalam usaha kita membasmi kegiatan ini,” katanya.

 ??  ?? DEV semasa bercakap pada sidang media.
DEV semasa bercakap pada sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia