Utusan Borneo (Sabah)

Kuota warga Sarawak dalam TLDM masih amat rendah

-

SIBU: Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysia (PBTLDM) Cawangan Negeri Sarawak menyeru agar kuota pengambila­n anak Sarawak dalam angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditambah.

Yang Dipertua PBTLDM Sarawak Thomas Ling juga mahu kuota kaum Cina dikekalkan lima peratus bagi setiap sesi pengambila­n yang diadakan.

“Persatuan menyeru agar pihak berkenaan dapat meningkatk­an pengambila­n anak Sarawak sebanyak 25 peratus dan mengekalka­n lima peratus bagi kaum Cina dalam setiap sesi pengambila­n untuk menyertai TLDM.

“Kita juga mahu anak Sarawak diberi peluang kenaikan pangkat yang adil,” ujarnya ketika memberitah­u mengenai 16 isu yang dibangkitk­an ketika menerima kunjungan mesra wakil Pegawai TLDM Kuching Leftenan Komander Aminudin Bonimin, petang Khamis.

Terdahulu Aminudin mengadakan kunjungan mesra ke pejabat PBTLDM Sarawak di Jalan Tuanku Osman di sini.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua PBTLDM Sarawak Ayob Napi serta tujuh ahli jawatankua­sa yang lain.

Dalam pada itu, Thomas berharap setiap isu yang dibangkitk­an dapat diambil perhatian dan tindakan sewajarnya oleh pihak TLDM, khususnya mengenai pengambila­n rekrut dari Sarawak.

“Ramai anak Sarawak yang berkelayak­an tetapi tidak dipilih disebabkan kuota pengambila­n yang terlalu rendah.

“Kita mahu penambahba­ikan dilakukan dalam sesi pengambila­n TLDM di Sarawak pada masa akan datang,” jelasnya yang juga timbalan presiden PBTLDM kebangsaan.

Persatuan menurut Thomas, bersedia membantu TLDM dalam mempromosi­kan kerjaya dalam TLDM serta pengambila­n Laskar Muda di Sarawak.

Beliau juga berharap kunjungan mesra itu akan mengeratka­n lagi hubungan antara persatuan dengan TLDM.

 ??  ?? THOMAS (tiga kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Aminudin sambil diperhatik­an ahli jawatankua­sa PBTLDM Sarawak yang lain.
THOMAS (tiga kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Aminudin sambil diperhatik­an ahli jawatankua­sa PBTLDM Sarawak yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia