Utusan Borneo (Sabah)

Tiada niat bersaing dalam usaha angkat Pasar Malam Sibu

-

SIBU: Lembaga Perkhidmat­an Komuniti (LPK) Parti Rakyat Bersatu (UPP) Sibu tidak pernah berniat untuk bersaing dangan mana-mana pihak dalam usaha mereka mengangkat status Pasar Malam Sibu.

Pengerusin­ya Dato Andrew Wong berkata ketika mengemukak­an cadangan bagi memodenkan Pasar Malam Sibu tahun lepas, mereka tidak berniat untuk bersaing dengan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) atau sesiapa pun.

“Tujuan kita bukan untuk bersaing dengan pihak majlis atau sesiapa, tetapi untuk menjadikan pasar malam ini sebagai tarikan pelancong seperti suatu ketika dahulu,” ujarnya kepada pemberita, malam Khamis.

Andrew Wong ditemui selepas mengetuai pasukan Rancangan Sibu 1 (RS1) membuat kunjungan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) ke Pasar Malam Sibu yang kini terletak di Jalan Market dan Lebih Tinggi.

Hadir sama ialah Timbalanny­a Andrew Shilling, calon berpotensi UPP bagi kerusi Parlimen Lanang Andrew Ting, Kaunselor Wong Hie Ping serta yang lain.

Pasar Malam Sibu kini ditempatka­n sementara di Jalan Market dan Lebuh Tinggi berikutan tapak sebelum ini di Taman Rama Rama sedang dalam proses ubah suai.

Menurut Andrew Wong, tapak pasar malam sekarang iaitu di Jalan Market dan Lebih Tinggi lebih kondusif berbanding tapak di Taman Rama Rama.

“Secara peribadi bagi saya, kawasan ini lebih kondusif untuk pasar malam. Namun pihak majlis mempunyai pandangan yang berbeza,” jelasnya.

Ditanya mengenai cadangan yang dikemukaka­n oleh LPK UPP Sibu sebelum ini untuk memodenkan Pasar Malam Sibu, beliau memberitah­u pihaknya akan membuat susulan selepas meneliti perbanding­an apabila pasar malam itu dipindahka­n semula ke Taman Rama Rama, kemungkina­n pada bulan April ini.

Ini kerana katanya, mereka tidak boleh membuat perbanding­an atau mengatakan kawasan Taman Rama Rama itu tidak kondusif sebelum ia siap diubah suai.

“Selepas itu, kita akan lihat maklum balas daripada orang ramai. Itu yang penting,” tegas Pengerusi RS1 itu lagi.

Pada April tahun lepas, LPK UPP Sibu telah mencadangk­an kepada MPS untuk membina pasar malam yang baharu dan lebih moden di Jalan Market.

Projek dengan kos RM2 juta itu yang dibiayai sepenuhnya oleh LKP UPP Sibu, bagaimanap­un ditolak oleh MPS atas alasan pihak majlis mempunyai perancanga­n sendiri untuk pasar malam terbabit.

 ??  ?? ANDREW Wong (dua kiri) bersalaman dengan seorang peniaga pasar malam. Turut kelihatan ialah Andrew Ting (dua kanan) serta yang lain.
ANDREW Wong (dua kiri) bersalaman dengan seorang peniaga pasar malam. Turut kelihatan ialah Andrew Ting (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia