Utusan Borneo (Sabah)

Mexico berkas kartel dadah Zetas

Terkenal ganas, amat dikehendak­i di AS dengan ganjaran AS$5 juta

-

KOTA MEXICO: Pasukan Marin Mexico telah menangkap seorang ketua dalam kartel dadah Zetas yang ganas dan mempunyai ganjaran AS$5 juta (RM18.5 juta) ke atas kepalanya di Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa pada Sabtu.

Jose Maria Guizar Valencia, alias ‘Z43’, ditangkap Khamis lepas dalam kawasan kejiranan mewah La Roma di Kota Mexico “tanpa menggunaka­n kekerasan”,ketuaSuruh­anjaya Keselamata­n Negara, Renato Sales, mengumumka­n di satu sidang akhbar.

Guizar, yang memiliki dwikerakya­tan AS-Mexico, ada beberapa waran tangkap ke atasnya di keduadua negara atas tuduhan termasuk penyeludup­an dadah dan senjata, jenayah terancang, pembunuhan dan penculikan.

“Dia dipercayai bertanggun­gjawab menyeludup dadah dari Amerika Selatan ke AS, dan merupakan salah seorang pemacu utama keganasan di negeri-negeri tenggara Mexico,” kata Sales.

Jabatan Negara AS berkata Guizar melancarka­n puaknya sendiri daripada kumpulan Zetas di tenggara Mexico selepas pembunuhan pengasas kartel itu, Heriberto Lazcano, dan penangkapa­n dua penggantin­ya, adik-beradik Miguel Angel Trevino and Omar Trevino.

“Guizar Valencia bertanggun­gjawab mengimport ribuan kilogram kokain dan metamfetam­ina ke AS setiap tahun,” kata dokumen pertuduhan Jabatan Negara, yang menyatakan dia berusia 38 tahun.

“Kumpulan Zetas, di bawah perintah Guizar Valencia, telah membunuh sejumlah orang awam Guatemala yang tidak terhingga sewaktu mereka melancarka­n serangan sistematik ke atas wilayah sempadan Guatemala dengan Mexico.”

Pihak berkuasa Mexico mengesan kegiatan jenayahnya sekurang-kurangnya ke tahun 1998, ketika dia dikenali sebagai pengedar dadah peringkat pertengaha­n di negeri barat Michoacan, kata Sales.

Pada 2005 dia meluaskan operasi ke tiga negeri lain, Tamaulipas, Veracruz dan Chiapas, dengan merekrut kartel tempatan ke dalam rangkaiann­ya.

Sejak 2007, dia telah menjadi orang penting Zetas dalam usaha menyeludup dadah Colombia ke dalam AS menerusi Guatemala dan Mexico, selain ada kaitan dengan pembekal di negara lain, di Amerika Tengah dan Selatan, kata Sales.

Sales tidak menyatakan bagaimana rupa struktur pemerintah kartel itu sekarang.

Zetas dianggap sebagai salah satu organisasi jenayah paling kejam di Mexico, dan dituduh mencairkan musuh dalam tong “stu”, membunuh 72 pendatang pada Ogos 2010 dan memulakan kebakaran yang membunuh 52 orang di sebuah kasino di Monterrey pada 2011.

Kumpulan terbabit, yang diasas oleh bekas askar elit, pada mulanya adalah penguat kuasa bersenjata Kartel Telik sebelum kedua-dua kumpulan berpecah pada 2010, sekali gus melepaskan gelombang keganasan di utara Mexico.

Zetassendi­risudahber­pecahbelah sejak beberapa tahun lalu, selepas pengasas Lazcano terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan tentera laut pada 2012 dan penggantin­ya, adik-beradik Trevino ditangkap, Miguel Angel pada 2013 dan Omar pada 2015.

Guizar ada dalam senarai 122 ketua jenayah paling dikehendak­i di Mexico.

Kerajaan Presiden Enrique Pena Nieto mendakwa mereka sudah menangkap kesemua

- Gambar REUTERS kecuali segelintir orang dalam senarai tersebut sejak beliau memegang kuasa pada 2012.

Namun dari segi paradoks, kata pakar, jenayah ganas hanya meningkat sahaja hasil perang kawasan baharu disebabkan oleh perpecahan rangkaian jenayah yang dahulu stabil.

Tahun lepas merupakan tahun pembunuhan paling kejam dalam catatan di Mexico, dengan lebih 25,000 pembunuhan.

Gelombang keganasan sudah menyelubun­gi Mexico sejak kerajaan mengerahka­n tentera untuk memerangi kartel dadah bernilai berbilion dolar di negara itu pada 2006.

Sejak itu, lebih 200,000 orang sudah dibunuh, walaupun kerajaan tidak lagi mencatatka­n berapa banyak daripada pembunuhan itu ada kaitan dengan jenayah terancang. – AFP

“Dia dipercayai bertanggun­gjawab menyeludup dadah dari Amerika Selatan ke AS, dan merupakan salah seorang pemacu utama keganasan di negeri-negeri ” tenggara Mexico. RENATO SALES Ketua Suruhanjay­a Keselamata­n Negara

 ??  ?? RENATO Sales tiba di sidang akhbar mengenai pengumuman penangkapa­n ketua kartel dadah Los Zetas Jose Maria Guizar, di Kementeria­n Dalam Negeri, Mexico City pada Sabtu.
RENATO Sales tiba di sidang akhbar mengenai pengumuman penangkapa­n ketua kartel dadah Los Zetas Jose Maria Guizar, di Kementeria­n Dalam Negeri, Mexico City pada Sabtu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia