Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Bali pulang ke rumah setelah ancaman gunung berapi menurun

-

JAKARTA: Ribuan orang telah meninggalk­an rumah mereka di pulau Bali Indonesia disebabkan oleh sebuah gunung berapi aktif sekarang boleh pulang semula ke rumah, menurut pihak berkuasa pada Jumaat ketika mereka menurun paras amaran bagi Gunung Agung.

Gunung berapi tersebut, terletak kira-kira 75 kilometer dari hab pelanconga­n di Kuta, telah beberapa kali memuntahka­n kepulan awan debu dan asap selama beberapa bulan, memaksa lebih dari 100,000 orang meninggalk­an kawasan tersebut dan menyebabka­n penutupan lapangan terbang antarabang­sa di pulau tersebut

Namunpada Jumaat, pusat penyelidik­an gunung berapi Indonesia telah menurunkan paras amaran untuk Agung dari empat kepada tiga, memetik satu penguranga­n bagi aktivitiny­a.

“Gempa bumi gunung berapi sekarang menurun dengan ketara. Keadaan semakin reda dan lebih stabil serta ketepuan bagi gas gunung berapi yang dimuntahka­n ke udara juga berkuranga­n,” penyelidik kanan gunung berapi di pusat tersebut Gede Suantika memberitah­u AFP.

Di bawah paras amaran baharu, zon larangan masuk telah dikurangka­n kepada empat kilometer dari puncak Agung, sebuah kawasan yang tidak mempunyai penduduk, membenarka­n semua penduduk kembali semula ke rumah mereka, menurut pihak berkuasa.

“Aktiviti umum termasukla­h pelanconga­n di Bali telah disahkan sebagai selamat, terdapat tiada lagi gangguan akibat aktiviti Gunung Agung,” Menteri Tenaga Indonesia Ignasius Jonan menyatakan dalam satu kenyataan.

Agung telah bergolak bernyawa pada September lepas. Aktiviti gunung berapi berkuranga­n pada lewat Oktober, sebelum ancaman bagi letusan kelihatan pada puncaknya sekali lagi pada November, menimbulka­n kekecohan perjalanan dan menjejaska­n industri pelanconga­n menguntung­kan di Bali serta ekonominya yang meluas. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia