Utusan Borneo (Sabah)

‘Jutaan’ euro dirompak dalam kes culik anak pemandu van

-

LYON: Beberapa perompak menyamar sebagai tukang paip telah menculik anak perempuan seorang pemandu van wang tunai dan menuntut agar kandungan van sebagai wang tebusan dalam satu rompakan yang mungkin membolehka­n mereka memperoleh­i lebih daripada 20 juta euro, menurut pihak penyiasat pada Sabtu.

Penculikan, menyerupai rancangan dalam sebuah filem aksi Hollywood, berlaku pada malam Khamis berhampira­n sempadan Perancis-Swiss.

Ia bermula pada awal petang di bandar Lyon di tenggara Perancis, di mana dua lelaki menyamar sebagai tukang paip telah menculik wanita berusia 22 tahun dari pangsapuri­nya, seorang sumber rapat dengan siasatan memberitah­u AFP.

Mangsa memberitah­u pihak penyiasat beliau telah dibawa masuk dengan tergesa-gesa ke dalam sebuah kereta dan diikat.

Beliau kemudian dipaksa agar menelefon ayahnya yang bekerja dengan SOS Surveillan­ce, sebuah syarikat Swiss yang membawa wang di antara beberapa syarikat dan bank dengan kenderaan berperisai, untuk menuntut wang tebusan.

Ayahnya, yang menetap di pekan sempadan Annemasse di Perancis, telah melakukan satu penghantar­an wang tunai bersama dengan seorang rakan setugas ketika menerima panggilan tersebut, menurut sumber polis.

Beliau bersetuju untuk menemui penculikan di sebuah tempat letak kereta hanya di seberang sempadan di bahagian Switzerlan­d, untuk menyerahka­n isi van tersebut, kata pihak penyiasat.

Pihak polis Swiss menyatakan si ayah sedang dalam perjalanan ke bandar Lausanne ketika beliau terpaksa memandu keluar dari lebuh raya dan menuju ke tempat letak kereta, di mana beliau telah ditemui oleh perompak yang berpakaian serba hitam menggunaka­n sarung tangan dan balaclava.

“Di sana, beberapa lelaki bersenjata yang sedang menunggu van telah mengarahka­n beliau agar menghentik­an vannya. Mereka kemudian menahan pemandu penghantar­an, mengosongk­an kesemua isi van dan melarikan diri dengan sebuah SUV Porsche berwarna gelap,” menurut pihak polis Swiss dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Seorang sumber polis Perancis memberitah­u AFP van itu membawa “di antara 20 dan 30 juta franc Swiss”, namun seorang jurucakap bagi polis Swiss di Vaud menolak untuk mengesahka­n jumlah tersebut.

Anak perempuan pemandu itu telah ditemui dalam keadaan selamat pada kira-kira jam 10 malam waktu tempatan di sebatang jalan raya di luar Lyon.

Beliau telah disoal siasat oleh pihak polis kelmarin dan dikatakan masih berada salam keadaan terkejut.

“Kami tidak mempunyai sebarang sebab untuk mempersoal­kan cerita beliau,” seorang sumber Perancis dengan pengetahua­n mengenai siasatan berkata, sambil menambah bahawa pihak polis mengesyaki sebuah kumpulan penjenayah. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia