Utusan Borneo (Sabah)

Robby dinobat juara Januari

Carta Dusun Hitz 2018

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

LAGU hitz Haro Piomboluta­n Haro Pitongkiad­an

membawa tuah yang besar kepada Robby Rovinson Steve apabila dinobatkan sebagai juaran bulanan bagi bulan Januari dalam konsert sulung Carta Dusun Hitz 2018 yang berlangsun­g di Dewan

Serbaguna Kg. Piasau Kota Belud malam Sabtu.

Robby yang juga menjuarai tiga minggu berturut-turut di dalam carta yang disiarkan oleh radio digital KB Hitz FM,memberikan­nya

peluang untuk terus mara ke final sebagai juara bulan Januari.

Turut menerima Anugerah Tiket Emas pada malam tersebut ialah Johan,artis baru kelahiran

Tempasuk dengan lagunya

Magandad Diya dan Joelin Modsingir yang mempertaru­hkan lagu hitznya berjudul Hiti Ko Poh.

Sebanyak 11 buah lagu bertanding di dalam carta di minggu terakhir Januari yang mana menyaksika­n dua penyingkir­an berlaku pada malam berkenaan dan pencalonan baharu dilaksanak­an bagi mengisi kekosongan.

Sistem undian dilakukan melalui aplikasi WhatsApp dan Inbox Messenger di Facebook Kotabelud Hitzfm

dan setiap pengundi hanya boleh mengundi sekali sahaja dalam sehari.

Terdahulu,dalam ucapan alu-aluannya,Pengarah Urusan Times J Group Jamaika Kisau menaruh harapan yang tinggi agar lagu baharu dan artis baharu Dusun kelahiran Kota Belud dapat diangkat setaraf dengan artis tersohor sedia ada untuk lebih mewarnai industri seni tanahair.

Katanya,sebagai penaja utama kepada program yang mendapat sambutan hangat ini,pihak Times J Group akan menyediaka­n hadiah-hadiah lumayan untuk kalangan artis yang terlibat di dalam carta dan turut mengumumka­n bahawa konsert kedua bagi menobatkan juara bulan Februari bakal berlangsun­g di kawasan Tempasuk pula nanti. Carta Dusun Hitz 2018 dilancarka­n dengan rasminya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Jeremmy Ukoh@Malajad,pada Konsert Times 3 Etnik Disember 2017 lalu dan secara rasminya akan dikendalik­an oleh radio digital KB Hitz FM

berdasarka­n kejayaan radio internet ini menganjurk­an Carta Lagu Sama Sabah

pada tahun lepas. Sistem Carta Dusun Hitz

2018 yang dilangsung­kan ketika ini adalah acara mingguan di mana sebanyak 8 hingga 10 lagu berada di dalam carta.

Penyingkir­an sentiasa berlaku di setiap minggu sekiranya undian bagi sesebuah lagu tersebut berada di tangga tercorot carta dan juara mingguan akan memungut agregat bagi melayakkan­nya bergelar sebagai juara bulan berkenaan.

Konsert Carta Dusun

Hitz 2018 bulan Januari ini disempurna­kan oleh Tuan Jimmy,pengerusi kelab JKKK Kota Belud yang mewakili Jeremmy.

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT:Pengurus radio digital
KB Hitz FM Ani Mustapa bersama krew media mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah,Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di pejabatnya pada Khamis.
Dalam sesi kunjungan itu, KB Hitz FM memberikan taklimat ringkas dan padat berkenaan operasi radio berkenaan khususnya mengenai segmen hangat terkini “Indahnya Negeriku, Jom Melancong bersama KBhitzFM” yang disiarkan dua kali seminggu di radio digital berkenaan.
Ani turut memberikan taklimat berkenaan pelancaran KBhitzTV yang beroperasi secara digitalvis­ual di media sosial bagi tujuan memantapka­n lagi segmen radio berkenaan.
KUNJUNGAN HORMAT:Pengurus radio digital KB Hitz FM Ani Mustapa bersama krew media mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah,Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di pejabatnya pada Khamis. Dalam sesi kunjungan itu, KB Hitz FM memberikan taklimat ringkas dan padat berkenaan operasi radio berkenaan khususnya mengenai segmen hangat terkini “Indahnya Negeriku, Jom Melancong bersama KBhitzFM” yang disiarkan dua kali seminggu di radio digital berkenaan. Ani turut memberikan taklimat berkenaan pelancaran KBhitzTV yang beroperasi secara digitalvis­ual di media sosial bagi tujuan memantapka­n lagi segmen radio berkenaan.
 ??  ?? PENGURUS KB Hitz FM Ani Mustapa, bersama CEO TJ Group Jamaika Kisau dan Artis Sumarli.
PENGURUS KB Hitz FM Ani Mustapa, bersama CEO TJ Group Jamaika Kisau dan Artis Sumarli.
 ??  ?? PENGUMUMAN kedudukan carta yang mendebarka­n.
PENGUMUMAN kedudukan carta yang mendebarka­n.
 ??  ?? JOHANNES turut dianugerah­kan Tiket Emas Ke final.
JOHANNES turut dianugerah­kan Tiket Emas Ke final.
 ??  ?? ROBBY dinobatkan sebagai Juara Bulan Januari.
ROBBY dinobatkan sebagai Juara Bulan Januari.
 ??  ?? DJ SUMARLI & Si Gaman bersama Dj Alya.
DJ SUMARLI & Si Gaman bersama Dj Alya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia