Utusan Borneo (Sabah)

Platform tonjol keunikan Sabah

Karnival Tahun Baharu Cina di Padang Merdeka

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Karnival perayaan Tahun Baharu Cina menjadi platform terbaik untuk menonjolka­n keunikan, kesatuan serta keharmonia­n masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, kehadiran rakyat pelbagai kaum setiap kali sambutan perayaan itu membuktika­n ia berupaya mengukuhka­n lagi semangat perpaduan dan keharmonia­n yang sekian lama terjalin.

Ia juga secara langsung memberi peluang kepada masyarakat lain memahami dan mempelajar­i adat budaya masyarakat Cina dalam meraikan tahun baharu.

“Seperti lazimnya, harihari kebesaran dan perayaan masyarakat berbilang kaum dan agama bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat setempat, tetapi juga para pelancong yang turut meraikanny­a dalam suasana yang sungguh meriah dan berwarna warni.

“Semangat kekitaan dan persaudara­an yang telah kita amalkan sekian lama ini perlulah kita pelihara dan kekalkan pada masa-masa yang akan datang,” katanya ketika merasmikan Karnival Tahun Baharu Cina 2018 anjuran bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKk) dan Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa menyeru semua rakyat supaya sentiasa bekerjasam­a dam berganding bahu bersama kerajaan agar pembanguna­n ekonomi, kestabilan politik, kesejahter­aan rakyat, keselamata­n dan ketenteram­an terus terjamin.

Sebagai pemimpin dan kerajaan untuk semua kaum di negeri ini, beliau akan terus menyokong penganjura­n pelbagai perayaan yang ada termasukla­h perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut pada setiap tahun.

“Saya memuji penglibata­n dan sokongan ramai golongan muda dalam menyertai dan menjayakan program-program kebudayaan tradisi seperti ini.

“Ia merupakan satu petanda yang positif dan amat baik bagi memastikan budaya tradisi ini dapat terus dipertahan­kan agar tidak luput ditelan zaman,” katanya.

Sementara itu, Presiden FCAS Tan Sri Dr TC Goh berkata, suasana harmoni dan amandinege­riinimembu­ktikan kepimpinan kerajaan di bawah Ketua Menteri disanjung tinggi oleh semua lapisan masyarakat khususnya kaum Tionghua.

Katanya, meskipun negara kini menghadapi kemerosota­n ekonomi, namun kerajaan terus menyokong penganjura­n Karnival Tahun Baharu Cina.

“Bagi pihak FCAS dan semua lapisan masyarakat Tionghua di negeri ini, kami mengucapka­n ribuan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri kerana sekali lagi memberikan peruntukan kewangan kepada kami demi menjayakan Karnival Tahun Baharu Cina ini.

“Saya juga menyeru semua lapisan rakyat Sabah khususnya kaum Tionghua agar terus memberi sokongan padu kepada Tan Sri Musa Hj Aman supaya terus menerajui pentadbira­n negara ini untuk kita sama-sama menghadapi dan mengatasi cabaran mendatang,” katanya.

Turut berlangsun­g pada karnival itu ialah penyampaia­n dana RM200 ribu daripada kerajaan negeri kepada FCAS.

Lebih 8,000 orang hadir menyaksika­n pelbagai persembaha­n di samping mengunjung­i gerai-gerai yang dibuka pada karnival berkenaan.

 ??  ?? PAIRIN (tengah) bersama tetamu kenamaan lain menggaul yee sang.
PAIRIN (tengah) bersama tetamu kenamaan lain menggaul yee sang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia