Utusan Borneo (Sabah)

Sehati @RTM #BagusBah

Pemangkin promosi budaya setempat

-

SEMPORNA: Program Sehati @RTM #BagusBah mampu menjadi pemangkin mempromosi­kan budaya setempat kepada masyarakat luar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, selain merakam dan menyiarkan program berkenaan, RTM juga dapat merekodkan khazanah adat tradisi dari daerah ini.

“Kita menyeru para budayawan agar menghasilk­an lebih banyak karya seni tempatan melalui lagu-lagu etnik, penceritaa­n drama mahupun sketsa serta tarian tradisi.

“Ruang, slot dan peluang penerbit tempatan terbuka luas dan seharusnya pengkarya di negeri ini khususnya di daerah Semporna merebut peluang ini,” katanya.

Beliau juga menggesa masyarakat supaya sentiasa merujuk kepada media rasmi kerajaan bagi mendapatka­n maklumat sahih serta penjelasan mengenai isu-isu semasa.

“Sekiranya kita menerima maklumat yang meragukan, rujuklah kepada sumber yang sahih sama ada terus melalui agensi kerajaan mahupun melalui media massa seperti RTM, Bernama dan laman web sebenarnya.my agar kita mendapat pemahaman yang tepat,” katanya ketika merasmikan lagu dan program berkenaan di Padang Sekolah Kebangsaan Balimbang, malam Sabtu.

Salleh turut memberi amaran agar masyarakat tidak berkongsi mana-mana berita atau isu yang tidak pasti.

“Tindakan mewujud dan menyebarka­n mklumat palsu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang negara, dan mereka yang melakukann­ya akan berhadapan tindakan sewajarnya,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marahaban, Pengerusi Perbandara­n Pembanguna­n Ekonomi Sabah Dato’ Sri Nasir Tun Sakaran, Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bullah serta Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Dato’ Abu Bakar Ab Rahim.

Kita menyeru para budayawan agar menghasilk­an lebih banyak karya seni tempatan melalui lagu-lagu etnik, penceritaa­n drama mahupun sketsa serta tarian tradisi. Ruang, slot dan peluang penerbit tempatan terbuka luas dan seharusnya pengkarya di negeri ini khususnya di daerah Semporna merebut peluang ini. DATUK SERI DR SALLEH SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ??  ?? SALLEH (tengah) melancarka­n gimik perasmian lagu Sehati @RTM #BagusBah sambil diperhatik­an tetamu kehormat yang lain.
SALLEH (tengah) melancarka­n gimik perasmian lagu Sehati @RTM #BagusBah sambil diperhatik­an tetamu kehormat yang lain.
 ??  ?? NASIR (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kenangan kepada Salleh (kanan).
NASIR (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kenangan kepada Salleh (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia