Utusan Borneo (Sabah)

Perkenal lebih banyak calon baharu

Kukuhkan sokongan golongan muda kepada kerajaan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya Sabah mengemukak­an lebih ramai calon baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presiden Majlis Belia Sabah Nourman Rayn Awg Zaini berkata, pengenalan muka baharu sudah pasti dapat mengukuhka­n lagi sokongan golongan muda kepada kerajaan selain membantu menyumbang­kan idea segar di dalam penggubala­n dasar kerajaan negeri agar Sabah sentiasa sejahtera dan bertambah maju.

“Majlis ini menyokong penuh kenyataan yang dibuat baru-baru ini oleh Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah Yamani Hafez Musa mengenai cadangan untuk mengetenga­hkan muka baharu terdiri daripadago­longan muda selaras dengan usaha menggerakk­an Transforma­si Nasional 2050 (TN50). “Untuk memastikan gagasan TN50 ini berjaya, kita perlu menerima perubahan itu secara positif,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad. Beliau berkata, TN50 hanya akan menjadi retorik sematamata sekiranya tiada perubahan drastik dilakukan terutamany­a meletakkan calon-calon muda yang bakal diserapkan ke dalam Kabinet kerajaan nanti.

Katanya, dari segi politik pula, calon-calon muda itu perlu diketengah­kan bagi mengimbang­i caloncalon muda yang bakal diketengah­kan oleh parti pembangkan­g.

“Pihak kerajaan perlu melihat perkara ini lebih serius kerana perubahan dari segi demografik politik dan kecenderun­gan pengundi masa kini telah berubah.

“Saya yakin kerajaan lebih arif dan peka terhadap hal ini dan mengharapk­an mukamuka baharu yang bakal diketengah­kan nanti mampu membantu melonjakka­n lagi imej kerajaan seterusnya memastikan kerajaan sedia ada kekal relevan di hati pengundi muda,” katanya.

Nourman berpendapa­t cadangan yang disuarakan oleh Hafez itu diterima baik oleh golongan muda.

Ia kerana, cadangan itu menjadi langkah persediaan terbaik bagi melahirkan barisan kepimpinan masa hadapan negara.

“Saya juga memuji cadangan itu kerana ia dilihat ikhlas dalam mengerakka­n aspirasi TN50 anak muda,” katanya.

Beliau berkata, Majlis Belia Sabah adalah persatuan induk di negeri ini yang menaungi sebanyak 14 Badan Gabungan di mana keahlianny­a menjangkau 450,000 orang.

“Terkini, majlis ini akan membantu menubuhkan tiga lagi Gabungan Persatuan Belia Bahagian yang terdiri daripada bahagian Tawau, Sandakan dan Pedalaman Atas. Gabungan itu bakal mewarnakan lagi gerakan belia di Sabah,” katanya.

“Pihak kerajaan perlu melihat perkara ini lebih serius kerana perubahan dari segi demografik politik dan kecenderun­gan pengundi masa kini telah berubah. Saya yakin kerajaan lebih arif dan peka terhadap hal ini dan mengharapk­an muka-muka baharu yang bakal diketengah­kan nanti mampu membantu melonjakka­n lagi imej kerajaan seterusnya memastikan kerajaan ” sedia ada kekal relevan di hati pengundi muda.

 ??  ?? NOURMAN RAYN AWG ZAINI Presiden Majlis Belia Sabah
NOURMAN RAYN AWG ZAINI Presiden Majlis Belia Sabah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia