Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Pusat sentiasa laksana inisiatif sejahterak­an rakyat

-

LABUAN: Pelbagai inisiatif mensejahte­rakan rakyat sentiasa dilaksanak­an kerajaan untuk memastikan rakyat termasuk di Labuan mendapat manfaat yang terbaik.

Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Utama Tengku A d nan Tengku Mansor berkata, kementeria­n melalui Perbadanan Labuan membantu golongan miskin dan sederhana melalui Program Memperkasa Ekonomi Bumiputera (MEB).

Antara program itu adalah seperti membina infrastruk­tur dan fasiliti Premis Perniagaan Gerai Makan Ikan Bakar Kiamsam, menyediaka­n ruang niaga makanan untuk usahawan tempatan berniaga makanan berasaskan laut dengan kadar sewa yang munasabah.

“MEB juga membina enam gerai jualan ikan di kampung bagi membolehka­n ikan dijual pada harga lebih rendah daripada harga pasaran, memberi bantuan peralatan enjin sangkut, bahan membuat bubu dan kursus asas bina bubu untuk meningkatk­an hasil tangkapan.

“Selain itu, kerajaan juga memberi bantuan peralatan dan memproses ikan bagi meningkatk­an jualan di pasaran tempatan dan antarabang­sa, memberi bantuan deposit perniagaan kenderaan bergerak sebanyak RM10 ribu kepada setiap peniaga bumiputera yang berkelayak­an dan sedang membangunk­an industri perikanan ikan bilis melalui bantuan penyediaan infrastruk­tur bagang sebanyak RM15 ribu kepada nelayan di Labuan bagi pasaran tempatan dan antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kenduri 1Wilayah Persekutua­n Labuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2018 pada Ahad.

Tengku Adnan berkata, melalui Program Labuan Go Green, sebanyak 28 ribu benih pokok kelapa pelbagai varieti seperti matag, pandan dan juga Malayan Red Dwarf diedar kepada penduduk kampung.

“Program ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu menangani masalah kenaikan harga barangan keperluan harian yang tinggi, antaranya hasil pertanian seperti kelapa dan santan kelapa, seterusnya meningkatk­an kesejahter­aan hidup rakyat di Labuan,” katanya.

Beliau telah memaklumka­n Jabatan Pertanian Labuan untuk membuat ‘soil profiling’ bagi melihat kesesuaian jenis buah- buahan untuk ditanam secara besar-besaran.

Bagi membantu meningkatk­an penjualan produk laut sejuk beku/segar di Labuan, beliau menjelaska­n pihak kementeria­n masih menunggu keputusan akhir Malaysia Airlines Berhad (MAB) bagi mengecuali­kan polisi tidak membenarka­n makanan laut sejuk beku/ segar sebagai barang daftar masuk kargo.

“Saya amat berharap pihak MAB memberi pertimbang­an segera serta mencari penyelesai­an terbaik agar dapat membantu komuniti nelayan tempatan memasarkan hasil tangkapan mereka sebagai salah satu produk untuk dibawa pulang oleh pelancong,” katanya.

Kenduri 1Wilayah yang dianjurkan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n itu dihadiri kira-kira 3,000 penduduk.

 ??  ?? TENGKU Adnan bergambar kenangan selepas melawat gerai-gerai makanan yang disediakan sendiri oleh penduduk.
TENGKU Adnan bergambar kenangan selepas melawat gerai-gerai makanan yang disediakan sendiri oleh penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia