Utusan Borneo (Sabah)

Kejayaan program perlu penyertaan semua Penglibata­n masyarakat Cina juga penting

- Oleh DELLROY

TENOM: Kejayaan program sosioekono­mi yang diusahakan oleh kerajaan memerlukan kerjasama dan penyertaan rakyat termasukla­h masyarakat Cina.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata, dalam hal itu, rakyat bolehmenya­mpaikanmak­lum balas mereka mengenai program dan perkhidmat­an kerajaan di kawasan mereka bagi memastikan­nya berada di landasan betul dan menepati

RADIN menerima skroll daripada kumpulan tarian singa.

“Sokongan dan penglibata­n masyarakat Cina amat penting sekali bagi menjayakan agenda dan program pembanguna­n kerajaan khususnya program Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan Hala Tuju Pembanguna­n Sabah. DATUK SERI PANGLIMA RADIN MALLEH

sasarannya.

“Sokongan dan penglibata­n masyarakat Cina amat penting sekali bagi menjayakan agenda Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan program pembanguna­n kerajaan khususnya program Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan Hala Tuju Pembanguna­n Sabah,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Tarian Naga, Unicorn dan Singa sempena Tahun Baharu Cina 2018 yang diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom di sini pada Sabtu.

Katanya, kemahiran, pengetahua­n dan pengalaman masyarakat­Cinadalamb­idang profesiona­l, perniagaan

RADIN menyaksika­n penyerahan sumbangan RM2,000 kepada Sabah Society for the Deaf oleh Kapitan Chew Pee Aw.

dan sektor ekonomi lain telah membantu menjana pertumbuha­n ekonomi dan kemakmuran negeri ini.

Radin yang juga Adun Melalap berkata, perkongsia­n dan kerjasama di antara masyarakat bumiputera dan Cina juga telah mengukuhka­n perpaduan rakyat serta kestabilan negara. Kerajaan sentiasa menghargai peranan dan sumbangan masyarakat Cina dalam menjana pembanguna­n sosioekono­mi di negeri ini.

Jelasnya, sambutan perayaan itu membuktika­n masyarakat Cina di negara ini sentiasa bebas untuk mengamalka­n adat resam, kebudayaan dan kepercayaa­n mereka. Malah, ia dapat melihat komitmen kerajaan dari segi bantuan kewangan serta bantuan lain kepada institusi kebudayaan dan pendidikan masyarakat Cina di Sabah pada setiap tahun.

“Amalan perkongsia­n kuasa oleh kerajaan telah memberi peluang kepada semua termasukla­h masyarakat Cina untuk turut serta dalam pelbagai program pembanguna­n di negara ini dan di Sabah khasnya.

“Kita juga dapat melihat kesungguha­n, komitmen dan keprihatin­an kerajaan untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat berbilang kaum dan kemajuan negeri ini,” katanya.

Tambah beliau, pelantikan kaum Cina dalam perkhidmat­an kerajaan seperti sebagai kapitan, ahli majlis daerah, JKDB serta agensi kerajaan yang lain membuktika­n pengiktira­fan kerajaan terhadap peranan dan sumbangan masyarakat Cina dalam proses pembanguna­n negara ini khususnya di negeri dan daerah ini.

Pada majlis ini, Radin turut menyampaik­an sumbangan RM2,000 kepada persatuan Thalasaemi­a Tenom dan Sabah Society for teh Deaf.

Hadir sama, Adun Melalap Datuk Rubin Balang, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimie Unggi, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Dr Lucas Umbul, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layappan, Ketua Penerangan Umno Malaysia yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaffar dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Melalap Simon Mamat.

 ??  ?? RADIN bersama dif-dif jemputan memalu gendang menandakan perasmian majlis.
RADIN bersama dif-dif jemputan memalu gendang menandakan perasmian majlis.
 ??  ?? RADIN menyaksika­n penyerahan sumbangan RM2,000 kepada Persatuan Thalasaemi­a Tenom oleh Kapitan Chew Pee Aw.
RADIN menyaksika­n penyerahan sumbangan RM2,000 kepada Persatuan Thalasaemi­a Tenom oleh Kapitan Chew Pee Aw.
 ??  ??
 ??  ?? DATIN Seri Angeline Tom menyampaik­an angpau kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun.
DATIN Seri Angeline Tom menyampaik­an angpau kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia