Utusan Borneo (Sabah)

Kane kembali menghantui Arsenal apabila ledak gol kemenangan Spurs di Stadium Wembley

-

LONDON, England: Sergio Aguero menjaringk­an empat gol dalam separuh masa kedua ketika Manchester City terus menghampir­i kejuaraan Liga Perdana Inggerisde­nganmembel­asah Leicester City 5-1 dan kini berkelebih­an 16 mata di singahsana liga berbanding pencabar terdekat, Manchester United Sabtu lepas.

Aguero kini kurang dua gol di belakang Harry Kane dari Tottenham untuk gelaran penjaring terbanyak liga musim ini, dengan satu gol Kane sudah memadai untuk Spurs menewaskan Arsenal 1-0 pada perlawanan lain.

“Seorang legenda untuk kelab ini,” kata pengurus City, Pep Guardiola ketika bercakap tentang Aguero.

“Beliau mempunyai bakat istimewa dalam kotak penalti. Beliau penyudah hebat terutama sekali di kawasan kotak penalti. Gol ketiga dan keempat beliau sangat cantik.”

Riyad Mahrez membuat kepulangan bersama Leicester selepas menamatkan mogok selepas kelab menolak keinginann­ya untuk berpindah ke City.

Bagaimanap­un, kerosakan sudah berlaku sebelum Mahrez dimasukkan sebagai pemain gantian selepas satu jam permainan ekoran satu lagi kehebatan Aguero.

“Tujuh puluh dua mata pada bulan Februari adalah sesuatu yang istimewa, ia hebat sekali,” tambah Guardiola., di mana pasukannya bangkit dari keputusan seri 11 di Burnley minggu lepas.

“Setiap kali kami tercicir mata musim ini, pada perlawanan seterusnya, kami menang dan ia adalah sangat penting.

“Mengekalka­n konsistens­i itu adalah sangat penting un-

KANE (dua kanan) menanduk masuk gol kemenangan Spurs ketika beraksi pada perlawanan liga di Stadium Wembley, London Sabtu lepas. — Gambar AFP

tuk kami. Jika kami dapat memenangi kejuaraan, ia adalah sesuatu yang istimewa untuk kami.”

Hantaran lintang Kevin De Bruyne disempurna­kan Raheem Sterling untuk gol ke-20 beliau musim ini seawal minit ketiga tetapi hampir ada kejutan apabila pemain dengan rekod pembelian City, Aymeric Laporte, pada penampilan kedua bersama kelab apabila penyerang Leicester, Jamie Vardy melepasi beliau tetapi rembatanny­a terkena palang.

Leicester bagaimanap­un gagal menghalang kehebatan Aguero selepas rehat apabila beliau menyempurn­akan dua lagi umpanan cantik De Bruyne dan kemudian satu kesilapan penjaga gol Kasper Schmeichel untuk melengkapk­an hatrik.

Tetapi gol tercantik perlawanan masih muncul dengan satu rembatan dari jarak jauh.

“Mungkin yang terakhir,” kata Aguero ketika bercakap tentang gol mana pilihan beliau. “Kerana ia sudah sekian lama saya menjaringk­an gol dari luar kotak penalti.”

Pada perlawanan awal, tandukan Kane empat minit selepas rehat membolehka­n Spurs mencipta kemenangan berharga dan hanya ketangkasa­n penjaga gol Arsenal, Petr Cech mengelak Arsenal terus dimalukan di hadapan rekod penonton 83,222 orang di Stadium Wembley, gelang- gang sementara Spurs.

“Beliau adalah yang semasa dan silam,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino apabila ditanya tentang tandukan Kane, yang mirip gaya penyerang silam bola sepak Inggeris.

Kemenangan membolehka­n Spurs naik ke tangga ketiga, di hadapan Liverpool dan Chelsea sementara Arsenal kini di tangga keenam dan enam mata di luar empat tangga teratas liga.

Dan lebih banyak persoalan muncul mengenai peranan Alexandre Lacazette di jentera serangan ekoran kehadiran Pierre-Emerick Aubameyang selepas Lacazette mensia-siakan banyak peluang selepas dimasukkan dari bangku simpanan.

“Kane menjadi penentu, itu sahaja,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

“Sebaik sahaja mereka menjaringk­an gol, kami hilang rentak dan mereka hampir menjaringk­an dua atau tiga lagi gol tetapi dalam 10 minit terakhir, kami seharusnya boleh mengikat kedudukan.”

Kebangkita­n Swansea diteruskan di bawah kendalian Carlos Carvalhal apabila gol Ki Sung-Yueng memastikan kemenangan 1-0 ke atas Burnley dan melonjak kelab ke tangga ke-15 liga.

West Ham United juga mengurangk­an kebimbanga­n penyingkir­an apabila Javier Hernandez dan Marko Arnautovic menjaringk­an gol untuk kemenangan 2-0 ke atas Watford.

Stoke kekal dalam zon penyingkir­an selepas seri 1-1 dengan Brighton sementara Everton menewaskan Crystal Palace 3-1. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia