Utusan Borneo (Sabah)

Prestasi buruk Chelsea adalah tanggungja­wab bersama: Conte Ligue 1: PSG bawa pulang tiga mata

-

LONDON,England:Pengurus Chelsea, Antonio Conte percaya tanggungja­wab harus dikongsi bersama ekoran prestasi buruk yang menyebabka­n jurulatih dari Itali itu bergelut mengekalka­n jawatannya ketika West Bromwich Albion bertandang ke Stamford Bridge untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris hari ini.

Kekalahan 1-4 di Watford Isnin lepas adalah ekoran dari kekalahan 0-3 kepada Bournemout­h di tempat sendiri menyebabka­n Chelsea berada dalam risiko gagal layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Conte berulang kali merungut musim ini tentang kekurangan pembelian pemain ketika ketegangan memuncak dengan pengurusan tertinggi kelab.

Tetapi bekas jurulatih Juventus dan skuad kebangsaan Itali itu menuduh pemainnya bermain “dengan rasa gentar” dan kurang “personalit­i” ketika mereka bolos tiga gol pada 10 minit terakhir di Watford.

“Apabila anda mempunyai tempoh dengan keputusan buruk, anda harus membahagik­an tanggungja­wab di antara saya, pemain dan kelab,” kata Conte.

“Seperti yang anda semua tahu, kerana kita bercakap tentang bola sepak, banyak yang berlaku sebelum ini walaupun saya tidak bersetuju – jurulatih bergantung kepada keputusan.

“Atas sebab ini, kita harus memberikan perhatian khusus.”

Dalam beberapa minggu akan datang, ia adalah sangat penting untuk musim Chelsea.

Kunjungan West Brom akan disusuli dengan perlawanan pusingan kelima Piala FA menentang Hull City sebelum perlawanan sukar menentang Barcelona pada pusingan kedua Liga Juara-Juara di Stamford Bridge dan kemudian menentang Manchester United dan Manchester City pada dua perlawanan liga berturut-turut.

Jika Conte gagal mendapatka­n satu kebangkita­n apabila menentang West Brom hari ini, beliau mungkin menyertai senarai pengurus yang dipecat pada pertengaha­n musim oleh pemilik kelab, Roman Abramovich.

“Kami menyedari ia satu tugas yang sukar apabila anda melihat jadual perlawanan kami selepas ini, kerana itu saya berkata ia mungkin menentukan musim kami,” kata kapten Chelsea, Gary Cahill.

“Pada akhir bulan Februari nanti, ia penting untuk berada pada kedudukan yang baik dalam pertanding­an ini tetapi semuanya di tangan kami.”

Dalam usaha mengubah nasib, Conte mengubah corak latihannya dan memberikan pemainnya rehat tiga hari minggu ini untuk mengembali­kan tenaga.

“Saya fikir ia satu peluang di mana pengurus mungkin merasa kami boleh berehat dari bola sepak untuk beberapa hari dan kembali bertenaga serta mengembali­kan fokus kepada tugas kami dan saya fikir ia akan memberikan kelebihan,” tambah Cahill.

West Brom juga mempunyai masalah mereka sendiri, mereka di tangga terbawah Liga Perdana dan keputusan perlawanan lain Sabtu lepas menyebabka­n mereka berada lima mata dari zon selamat.

Dan juga, penyerangn­ya, Jay Rodriguez, didakwa oleh badan induk bola sepak Inggeris (FA) kerana menggunaka­n bahasa perkauman ke atas pemain Brighton, Gaetan Bong. -AFP PARIS, Perancis: Neymar menjaringk­an gol tunggal ketika Paris Saint Germain menewaskan Toulouse 1-0 di gelanggang lawan pada perlawanan terakhir sebelum menentang Real Madrid dalam Liga Juara-Juara Sabtu lepas.

Pendahulu Ligue 1 Perancis itu kini menjarakka­n kedudukan dengan 12 mata dari pencabar terdekat hasil gol ke-19 Neymar dalam liga musim ini pada pertengaha­n separuh masa kedua perlawanan di Toulouse sementara Monaco membelasah Angers 4-0 untuk naik ke tangga kedua.

Skuad kendalian Unai Emery itu kini akan mengalihka­n perhatian kepada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu Rabu ini.

Emery mengesahka­n selepas perlawanan di mana pemain tengahnya, Thiago Motta, tidak akan cergas untuk perlawanan menentang Real Madrid.

“Saya fikir kami bersedia untuk menentang Real. Kami mempunyai 50 peratus peluang, seperti juga Real,” kata Marco Verratti, yang direhatkan pada perlawanan menentang Toulouse.

“Saya tidak tahu siapa yang akan dipilih oleh jurulatih untuk posisi tengah bertahan. Lass (Diarra) mempunyai pengalaman hebat, beliau pernah bermain untuk beberapa

(kiri) melompat untuk mengelak daripada dikasari oleh pemain Toulouse ketika beraksi di Toulouse, Perancis pada Sabtu lepas. — Gambar AFP

pasukan besar sementara Giovani (Lo Celso) juga semakin meningkat.”

Nyemar kembali ke dalam kesebelasa­n utama PSG selepas direhatkan pada perlawanan Piala Perancis ketika menewaskan Sochaux tetapi Edinson Cavani, penjaring terbanyak liga dengan 21 gol musim ini, tidak beraksi kerana kecederaan pinggul.

Lassana Diarra diturunkan dalam kesebelasa­n utama liga yang pertama beliau sementara Emery memilih untuk merehatkan kapten pasukan, Thiago Silva menjelang perlawanan menentang Real Madrid.

Separuh masa perlawanan berlangsun­g kebanyakka­nnya dalam padang Toulouse, dengan penjaga gol tuan rumah, Alban Lafont, 19, beraksi tangkas menepis cubaan Kylian Mbappe dan kemudian cubaan Neymar.

Lafont juga bernasib baik apabila cubaan Angel Di Maria terkena palang dari satu tendangan sudut.

Neymar akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-68 apabila menerima umpanan Di Maria sebelum melepasi kawalan Steeve Yago dan merembat ke pintu gol dan dengan bantuan terkena Issa Diop untuk menewaskan Lafont.

Neymar dinafikan gol kedua oleh palang gol dari satu rembatan jarak jauh. -AFP

 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR
 ??  ?? AGUERO (dua kiri) bersaing dengan pemain Leicester untuk mendapatka­n bola pada aksi di Stadium Etihad, Manchester Sabtu lepas. — Gambar AFP
AGUERO (dua kiri) bersaing dengan pemain Leicester untuk mendapatka­n bola pada aksi di Stadium Etihad, Manchester Sabtu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia