Utusan Borneo (Sabah)

23 pusat tahfiz siap diselengga­ra

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Sebanyak 23 pusat tahfiz daripada 32 di negeri ini yang terlibat dalam proses penyelengg­araan pendawaian elektrik siap sepenuhnya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, baki pusat tahfiz iaitu sebanyak sembilan buah kini dalam proses penyelengg­araan dan dijangka siap dalam masa terdekat.

“Pelaksanaa­n projek penyelengg­aran ini melibatkan kos keseluruha­n berjumlah RM420,930 bagi seluruh pusat tahfiz yang sudah dikenalpas­ti.

“Fasa pertama ini kita lebih memfokuska­n kepada selenggara pendawaian elektrik terlebih dahulu sebelum kemudian beralih kepada ciri keselamata­n yang lain,” katanya pada Majlis Lawatan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang, di sini pada Isnin.

Ismail berkata, bagi seluruh negara pula, 457 sekolah tahfiz siap diselengga­ra yang melibatkan jumlah keseluruha­n sebanyak 718 buah.

Katanya, sebahagian lagi masih dalam proses penyelengg­aran yang melibatkan kos bernilai RM50 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Kita juga lebih memfokuska­n kepada pusat tahfiz yang belum berdaftar kerana kebanyakan masih belum mengikut piawaian keselamata­n yang betul.

“Kita dari pihak kerajaan amat mementingk­an keselamata­n anak-anak terlebih dahulu sebelum mengambil kira aspek lain,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi GiatMara Datuk Azian Osman, Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara Jamal Nasir Othman, Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Faisal Hamdan Diego dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

 ??  ?? ISMAIL (kanan) menyampaik­an sumbangan berupa makanan kepada guru pusat tahfiz yang hadir pada majlis berkenaan.
ISMAIL (kanan) menyampaik­an sumbangan berupa makanan kepada guru pusat tahfiz yang hadir pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia