Utusan Borneo (Sabah)

TANGKIS FITNAH MUSUH

JR Plus digesa turun padang, bekerja lebih gigih

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Exco Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad menggesa ahli parti terutama Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) Barisan Nasional (BN) untuk lebih giat 'turun padang' bagi mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Umno Sipitang berkata, pendekatan itu diyakini bukan sahaja bagi menyelesai­kan masalah serta keperluan rakyat, malah mampu menangkis fitnah yang digembar-gembur pihak tidak bertanggun­gjawab terhadap kerajaan.

“Saya mahu JR Plus bekerja lebih gigih serta penuh semangat di samping membantu menyelesai­kan sebarang masalah termasuk keperluan rakyat di kawasan.

“Komitmen kamu (JR Plus) terhadap rakyat secara tidak langsung memberikan keyakinan kepada pengundi untuk terus menyokong kerajaan sedia ada demi menjamin pembanguna­n berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Memperkasa Kepimpinan Wanita dan Kenegaraan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beaufort pada Ahad.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun dan Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa.

Dalam pada itu, Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang turut memuji sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan rakyat di negara ini.

Jelas beliau, N aji b merupakan seorang pemimpin yang banyak membawa transforma­si dalam Malaysia berbanding Perdana Menteri terdahulu yang pernah memimpin negara selama 22 tahun.

Katanya, kerajaan yang diterajui BN banyak membawa pembanguna­n terutama di luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak jelas membuktika­n bahawa kepimpinan Najib adalah yang terbaik.

"Banyak pembanguna­n dan kemajuan yang telah diusahakan Perdana Menteri (Najib) kita dalam tempoh masa yang singkat. Melalui keprihatin­annya, rakyat Sabah dan Sarawak mendapat pembanguna­n infrastruk­tur menerusi pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

"Banyak lagi kemajuan yang telah dibawa kerajaan namun bagi memastikan pembanguna­n berjalan dengan lancar adalah wajar rakyat di negara ini terus memberi kepercayaa­n kepada BN," katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Sapawi.
SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Sapawi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia