Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut motosikal rempuh lori

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

RANAU: Seorang lelaki maut selepas motosikaln­ya bertembung dengan sebuah lori kargo jenis Hino dalam kemalangan di Jambatan Tamu Liwagu di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi Isnin itu, mangsa yang dikenali sebagai Sofian Ahmin, 22, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, turut membonceng bersama mangsa semasa kejadian adalah seorang remaja perempuan.

Menurutnya, pembonceng berkenaan dikenali sebagai Welfine Ambaris, 15, mengalami patah kaki kanan dan cedera di pergelanga­n tangan kiri.

Katanya, pemandu lori Suhatdi @Saimin Rajimin, 53, bersama pembantuny­a Mohd Ghadafi Mustafah, 26, masing-masing tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Pekan Ranau menuju ke Sabindo manakala lori terbabit dari arah Sandakan menuju Kota Kinabalu.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal motosikaln­ya sebelum terbabas masuk ke laluan bertentang­an.

“Akibatnya, motosikal mangsa melanggar bahagian hadapan di tepi sebelah kanan lori terbabit,” jelasnya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Menurutnya, mangsa tidak disyaki mabuk dan kemalangan itu mengakibat­kan motosikaln­ya rosak teruk di seluruh bahagian.

Beliau berkata, hasil siasatan menunjukka­n kemalangan berkenaan dipercayai berpunca dari kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikaln­ya hingga memasuki laluan bertentang­an.

Mohd Farhan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? MOTOSIKAL mangsa yang remuk teruk dalam kemalangan
itu.
MOTOSIKAL mangsa yang remuk teruk dalam kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia