Utusan Borneo (Sabah)

Francis nafi dakwaan

Peningkata­n pengundi di Kepayan nominal

-

KOTA KINABALU: Peningkata­n pengundi di kawasan DUN Kapayan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor di mana pengundi sendiri memindahka­n daerah pengundian mereka.

Ketua Bahagian MCA Penampang Datuk Francis Goh ketika menafikan dakwaan Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah Loretto Padua bahawa peningkata­n itu adalah ‘meragukan’, berkata bahawa faktor seperti kenaikan populasi juga perlu dipertimba­ngkan.

“Merujuk kepada aduan Warisan di atas peningkata­n 6,000 pengundi di kawasan DUN Kapayan, saya rasa mereka selalu membuat isu ini sebagai gimik untuk menyinggun­g perasaan BN atau Suruhanjay­a Pilihan Raya dengan menyatakan ada sesuatu yang diragui dalam peningkata­n pengundi.

“Bagi saya peningkata­n itu adalah nominal kerana kita tidak boleh lupa bahawa Kepayan adalah kawasan pemaju yang pantas dan ia adalah bandar satelit ke Kota Kinabalu. Contohnya, penyiapan Lido Four Season dengan 840 unit kondominiu­m, ini telah meningkatk­an jumlah penduduk di kawasan berkenaan.

“Katakan, ada empat orang yang mendiami di satu unit, memang sudah ada peningkata­n sebanyak 3,200 orang. Kemudian terdapat penduduk di Beverly Hills 5,000 unit pangsapuri dan Taman Penampang di mana terdapat 1,500 unit rumah.

“Dulu ramai penduduk tidak berdaftar untuk mengundi di Kepayan tetapi siapa yang tahu, mereka mungkin telah mengubah daerah pengundian mereka ke Kepayan,” katanya.

Francis juga menegaskan bahawa PKR Sabah dan DAP Sabah, pada masa lalu, telah menganjurk­an sekurang kurangnya lima kempen pendaftara­n pengundi.

“Jika mereka yang membantu untuk mendaftar bukan sebahagian daripada 6,000 pengundi baharu, maka PKR dan DAP menafikan bahawa mereka telah mendaftar pengundi baharu di Kepayan?

“Tolong jangan beritahu saya bahawa mereka membawa bilangan pemilih yang sifar. Saya percaya mereka telah mendaftar sekurang kurangnya 3,000 pengundi di kawasan Kepayan. Oleh itu, janganlah jadikan peningkata­n ini mainan politik.

“Saya rasa mereka boleh menyemak dengan teliti semua alamat penduduk. Ia adalah hak pengundi untuk

“Merujuk kepada aduan Warisan di atas peningkata­n 6,000 pengundi di kawasan DUN Kapayan, saya rasa mereka selalu membuat isu ini sebagai gimik untuk menyinggun­g perasaan BN atau Suruhanjay­a Pilihan Raya dengan menyatakan ada sesuatu yang diragui dalam peningkata­n ” pengundi. DATUK FRANCIS GOH Ketua Bahagian MCA Penampang

menukar daerah pengundian mereka. Tiada sesiapa yang boleh memaksa mereka untuk berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Francis memberitah­u bahawa MCA Penampang akan mengadakan perayaan Tahun Baharu Cina pada petang 24 Feb di Buhavan

Square di Donggongon.

Beliau berkata, jemputan majlis itu telah diedarkan kepada orang ramai semasa sesi lawatan mesra tahunan Tahun Baharu Cina di Donggongon pada Sabtu. Goh dan pemimpin MCA melawat Lido Square dan Kepayan pada Ahad.

 ??  ?? FRANCIS bersalaman dengan penjaja di Lido Square.
FRANCIS bersalaman dengan penjaja di Lido Square.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia