Utusan Borneo (Sabah)

Anifah akan hadiri mesyuarat gabungan global menentang ISIS/Daesh

-

PUTRAJAYA: Malaysia akan menyertai mesyuarat peringkat menteri Gabungan Global Menentang ISIS/Daesh di Kuwait City pada Selasa, kata Wisma Putra pada Isnin.

Dalam satu kenyataan di sini, Wisma Putra berkata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat keempat gabungan itu yang bakal menghimpun­kan kesemua 74 rakan kongsinya.

Gabungan Global Menentang ISIS/Daesh ditubuhkan pada September 2014 berikutan kebimbanga­n dunia terhadap Daesh serta ancamannya kepada keamanan dan keselamata­n antarabang­sa.

“Penyertaan Menteri Luar (Anifah) pada Mesyuarat Peringkat Menteri Gabungan Global Menentang ISIS/Daesh ini merupakan penegasan sokongan penuh Malaysia terhadap usaha Gabungan Global dalam menentang keganasan dan ekstremism­e ganas,” kata Wisma Putra.

Wisma Putra berkata Anifah akan mengutarak­an kebimbanga­n semasa berhubung Daesh berdasarka­n perspektif negara dan rantau pada mesyuarat itu selain cabaran dan amalan terbaik dalam menentang keganasan dan ekstremism­e ganas.

“Beliau juga akan mengetenga­hkan konsep kesederhan­aan Malaysia atau wasatiah, iaitu asas penting bagi menangani keganasan yang jelik dan kejam dalam segala bentuk dan perbuatan,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, mesyuarat yang akan dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri Kuwait yang juga Menteri Luar Sheikh Sabah Khalid Al-Hamad Al-Sabah itu bertujuan memperheba­t kempen menumpaska­n Daesh.

Mesyuarat juga bertujuan menggarisk­an langkah-langkah seterusnya bagi Gabungan Global dan pihak berkaitan susulan kejayaan membebaska­n kawasan kubu kuat Daesh di Iraq dan Syria, kata Wisma Putra.

 ??  ?? ANIFAH bersama Menteri Perundanga­n UAE Sultan Saeed Al Badi di Hotel Al Naseem Jumeirah, Dubai.
ANIFAH bersama Menteri Perundanga­n UAE Sultan Saeed Al Badi di Hotel Al Naseem Jumeirah, Dubai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia