Utusan Borneo (Sabah)

Penerbanga­n secara terus Taiwan-Sandakan pada Jumaat

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sandakan bakal menerima penerbanga­n khas secara terus dari Taiwan, Taipei buat julung kalinya pada Jumaat ini.

Penerbanga­n itu adalah kesinambun­gan daripada salah satu aspirasi iaitu menjadikan Sandakan sebagai destinasi pelanconga­n domestik dan antarabang­sa, yang dikemukaka­n pada dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang berlangsun­g di daerah ini pada November tahun lepas.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Pelanconga­n Sandakan (STAN) Johnny Lim bersama Timbalan Ketua Pemuda Parti Gerakan Sabah, Chan Tzun Hei telah mengadakan kunjungan hormat sekaligus memberi taklimat kepada Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Sabah Haji Yamani Hafez Musa mengenai penerbanga­n berkenaan.

Menurut Hafez, sebuah kumpulan kecil terdiri daripada pemimpin muda termasuk Chan Tzun Hei dan Johnny Lim telah ditubuhkan khas di Sandakan selepas program dialog T N 50 di S andaka n untuk membincang, merancang dan merealisas­ikan aspirasi yang telah dibangkitk­an menerusi dialog itu.

Mereka kemudian bersama dengan pihak swasta, STAN dan kerajaan telah berusaha untuk membawa penerbanga­n khas dari Taiwan sempena Tahun Baharu Cina ini sebagai satu usaha pemulaan.

Pada Jumaat ini, penerbanga­n khas yang dikendalik­an oleh Malindo Air itu akan membawa penumpang dari Lapangan Terbang Sandakan pada jam 2 pagi dan dijangka mendarat di Taipei, Taiwan pada 5.30 pagi. Kapal yang sama kemudian akan membawa seramai 160 warga Taiwan ke Sandakan pada jam 6.30 pagi dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 10 pagi.

Kumpulan ini akan kembali ke negara asal dari Sandakan pada 20 Februari dan membawa balik pelancong Sandakan pada 21 Februari.

Antara destinasi yang akan dikunjungi oleh pelancong terlibat adalah Rumah Agnes Keith, Tokong Puh Jih Sih, Pusat Rehabilita­si Orang Utan Sepilok, SimSim, Bilit Kinabatang­an, Sanktuari Monyet Proboscis Labuk Bay dan Pulau Libaran disamping menikmati juadah dan makanan laut yang segar di Sandakan.

Diharapkan lebih banyak penerbanga­n khas dapat dirancang dan diatur ke Sandakan dari negara China, Jepun dan Korea dan seterusnya menjadi penerbanga­n berjadual oleh syarikat penerbanga­n agar industri pelanconga­n di Sandakan dapat dilonjakka­n sekaligus membantu menjana ekonomi setempat.

Sementara itu, Chan yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Elopura berkata, ia merupakan satu peluang keemasan untuk mempromosi Sandakan ke peringkat antarabang­sa.

Katanya, warga Sandakan perlu memberi imej dan layanan yang paling baik untuk mengalu-alukan tetamu agar ebih ramai pelancong asing akan memilih Sandakan sebagai destinasi pelanconga­n mereka.

“Dalam masa yang sama, peniaga dan golongan muda perlu mempersiap­kan diri untuk menawarkan produk pelanconga­n seperti hiburan, makanan dan hadiah kenangan yang berkualiti untuk menjana ekonomi Sandakan,” katanya.

Bagi pihak STAN, Johnny merakamkan penghargaa­n kepada Hafez dan Chan atas perjumpaan itu serta sokongan mereka dalam menjayakan program pelanconga­n berkenaan.

 ??  ?? JOHNNY (kiri) bersama Chan (kanan) ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Hafez.
JOHNNY (kiri) bersama Chan (kanan) ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Hafez.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia