Utusan Borneo (Sabah)

Gagal beri penjelasan miliki barangan, dua lelaki didenda RM100

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki tempatan dikenakan denda RM100, oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas gagal memberikan penjelasan munasabah bagaimana memiliki barangan berkaitan optik.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Lim Kok Keat, 39, dan Herman Abd Halim yang tidak diwakili peguam selepas mengaku bersalah.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu pada 1 November tahun lalu jam 4.21 petang, di sebuah premis di Putatan.

Lim dan Herman didakwa mengikut Seksyen 22 A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Bab 80 Negeri Sabah, denda maksimum RM100 atau penjara selama tiga bulan, atau kedua-duanya.

Jika gagal membayar denda berkenaan, mahkamah memerintah­kan penjara selama dua minggu dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 25 tahun dikenakan denda sebanyak RM4,000 atas kesalahan memiliki syabu.

Terry Jomison dijatuhkan hukuman itu, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dihukum mengikut Seksyen 39A akta sama.

Tertuduh berada dalam milikannya dadah seberat 5.01 gram, pada 12 Julai tahun lalu di Jalan Pahlawan, Kepayan di sini.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, Stephanie mengarahka­n penjara selama tempoh 12 bulan dikenakan.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit melakukan kedua-dua pendakwaan terbabit.

Di Kuala Lumpur, seorang jurujual kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini Isnin atas dua pertuduhan mencederak­an anak lelakinya berusia 16 tahun, awal bulan ini.

Karoni Jupri, 44, didakwa telah mencederak­an mangsa di ruang tamu, sebuah pangsapuri di Jalan Datuk Ahmad Razali, Ampang, di sini pada 3.53 petang dan 9 malam, 7 Feb lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 324 dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia