Utusan Borneo (Sabah)

Bicara kes dua lelaki bersabit Abu Sayyaf didengar 2 Julai

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Isnin menetapkan sembilan hari bermula 2 Julai untuk perbicaraa­n kes seorang lelaki dan adik iparnya atas pertuduhan menganggot­ai kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan menyembuny­ikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas berkenaan.

Hajar Abdul Mubin,25, warga tempatan dan adik iparnya Abdul Syamir Dabilin, 25, warga Filipina dipercayai antara 19 suspek yang ditahan polis dalam cubaan melakukan serangan ketika upacara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi memaklumka­n Jabatan Peguam Negara menolak representa­si yang dikemukaka­n Hajar untuk mengetepik­an pertuduhan ke atasnya.

“Jabatan Peguam Negara menolak representa­si yang dikemukaka­n Hajar, pohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraa­n bersama dengan adik iparnya, Abdul Syamir kerana melibatkan saksi yang sama,” katanya yang turut memberitah­u seramai 12 saksi pendakwaan akan dipanggil pada perbicaraa­n itu.

Pada 11 Dis tahun lepas, Hajar dan Abdul Syamir, kedua-duanya buruh binaan, membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan masing-masing.

Mengikut pertuduhan, Hajar yang merupakan perancang utama serangan itu didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf mengikut seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia yang berasal dari Sabah dituduh melakukan kesalahan itu di ZA 2-14 Lorong Pangsa Baiduri 2, Taman Desa Baiduri, Cheras antara 2010 dan 30 Ogos 2017.

Abdul Syamir pula didakwa dengan sengaja menyembuny­ikan maklumat berhubung kumpulan itu yang mana mereka terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat tersebut di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Pertuduhan ke atasnya dikemukaka­n mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zaini Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia