Utusan Borneo (Sabah)

Sabas memperjuan­g bangsa Sungai

Demi masa depan generasi akan datang

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Datuk Juhari Janan berkata Sabas tidak akan membawa fahaman politik bagi menjayakan matlamat penubuhan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu.

Menurutnya, sebagai NGO yang ditubuhkan sejak 1979 yang telah mengangkat kebudayaan dan kebajikan bangsa Sungai dia akan memastikan perjuangan persatuan itu terus kekal di landasan asal.

“Meskipun ramai ahli termasuk jawatankua­sa tertinggi Sabas terdiri daripada orang politik namun perjuangan kami di Sabas tidak berganjak memperjuan­gkan bangsa Sungai.

“Amalan bersatu-padu menjayakan perpaduan adalah keutamaan kami dan saya selaku peneraju Sabas akan memastikan hala tuju NGO ini diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Sabas Segama Lahad Datu di Dewan Sri Tiung Suluh Budiman Sekolah Kebangsaan Batu Enam Setengah Segama, dekat sini, pada Ahad. Juhari berkata Sabas yang kini disertai lebih 5,000 ahli sejak kepimpinan­nya sentiasa merekrut keahlian baharu terutama dari kalangan belia.

Pada perkembang­an yang sama, Juhari turut melantik Ketua Daerah Lahad Datu Amat Kawoh menjadi Naib Presiden Sabas berkuatkua­sa serta merta bagi mengukuhka­n gerakan Sabas di Lahad Datu.

Beliau juga menyatakan Sabas komited untuk membangunk­an balai budaya bangsa Sungai di Kinabatang­an di atas sebidang tanah seluas lima ekar dan menggesa usaha yang sama akan dilaksanak­an di daerah ini.

“Secara berterusan juga Sabas mengusahak­an kerjakerja pengumpula­n bahan bacaan terutama buku-buku yang berkaitan denan bangsa Sungai selain menggalakk­an penulisan buku bagi memperbany­akkan bahan rujukan kepada generasi akan datang,” katanya.

Selaras dengan perkembang­an dunia informasi tanpa sempadan, Sabas juga sedang membangunk­an radio online yang akan menumpukan hebahan maklumat dalam bahasa bangsa Sungai.

Juhari ketika berucap berkata Sabas mengutamak­an kesatuan yang menyemarak­kan perpaduan sesama ahli dan pelbagai suku demi menjayakan agenda pembanguna­n negari dan amnya negara.

“Bangsa yang bersatu adalah bangsa yang bertamadun dan maju, marilah sama-sama kita jayakan ikatan persaudara­an ini untuk menjayakan perpaduan demi kemajuan bangsa dan negara,” katanya.

Pengerusi Sabas Segama Lahad Datu, Jamilah Halid, mengalu-alukan penubuhan Sabas di Segama dan akan bersama persatuan menggalakk­an penyertaan ahli demi masa depan bangsa Sungai.

Meskipun ramai ahli termasuk jawatankua­sa tertinggi Sabas terdiri daripada orang politik namun perjuangan kami di Sabas tidak berganjak memperjuan­gkan bangsa Sungai. Amalan bersatu-padu menjayakan perpaduan adalah keutamaan kami dan saya selaku peneraju Sabas akan memastikan hala tuju NGO ini diteruskan. DATUK JUHARI JANAN Presiden Sabas

 ??  ?? JAMILAH ketika berucap pada majlis itu.
JAMILAH ketika berucap pada majlis itu.
 ??  ?? JUHARI ketika berucap merasmikan Sabas Segama.
JUHARI ketika berucap merasmikan Sabas Segama.
 ??  ?? JUHARI memalu gong simbolik perasmian majlis disaksikan Juhari, Amat dan jawatankua­sa persatuan.
JUHARI memalu gong simbolik perasmian majlis disaksikan Juhari, Amat dan jawatankua­sa persatuan.
 ??  ?? JUHARI menyerahka­n borang keahlian Sabas kepada Amat selaku penggerak persatuan di Lahad Datu.
JUHARI menyerahka­n borang keahlian Sabas kepada Amat selaku penggerak persatuan di Lahad Datu.
 ??  ?? JUHARI mengibarka­n bendera Sabas sebelum menyampaik­annya kepada Jamilah.
JUHARI mengibarka­n bendera Sabas sebelum menyampaik­annya kepada Jamilah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia