Utusan Borneo (Sabah)

Penginapan untuk OKU

Rumah amal Sabah rancang bina asrama baharu

-

“Asrama ini akan menampung 42 orang, termasuk 16 di tingkat pertama dan 26 di tingkat bawah.

“Selain itu, ia juga disediakan untuk para pelatih yang menjalanka­n kursus pastri, pengemasan dan makanan dan minuman di rumah kebajikan ini,” katanya ketika ditemui pada Program Amal anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI), di sini pada Isnin.

Katanya, golongan kelainan upaya dari luar bandar, terutamany­a yang berkerusi roda, juga boleh mendapatka­n penginapan sementara di asrama berkenaan dengan bayaran minimum.

Selain itu tambahnya, dapur rumah amal itu juga akan diperluask­an dengan kos sebanyak RM350,000 bagi memenuhi jumlah penduduk dan pelatih yang semakin meningkat.

Sementara itu, KKCCCI memberi sumbangan berupa peralatan elektrik seperti mesin basuh dan pembersih vakum ke rumah amal Sabah sebagai sebahagian daripada program kebajikan sempena Tahun Baharu Cina.

Presiden KKCCCI Datuk Michael Lui berkata, sumbangan berkenaan bagi memenuhi kelengkapa­n penghuni rumah amal itu selain memudahkan urusan seharian.

“Setiap tahun, kita tidak pernah menghentik­an berusaha membangunk­an pendidikan Cina, mempromosi­kan budaya dan menjalanka­n aktiviti kebajikan sejak penubuhann­ya pada 1911 lagi.

“Melalui penyerahan sumbangan ini, ia sekaligus memberi galakan kepada orang ramai menghulurk­an bantuan kepada pihak yang memerlukan,” katanya.

Selain itu, Michael berkata, Tadika Chung Hwa Likas juga menyumbang­kan dana bernilai RM4,000 yang digunakan membeli barangan harian penghuni rumah amal berkenaan.

“Setiap tahun, kita tidak pernah menghentik­an berusaha membangunk­an pendidikan Cina, mempromosi­kan budaya dan menjalanka­n aktiviti lagi.” kebajikan sejak penubuhann­ya pada 1911

JENNIFER LIEW Pengurus Persatuan Rumah Amal Sabah

KOTA KINABALU: Persatuan Rumah Amal Sabah merancang membina sebuah asrama baharu untuk menempatka­n pelatihnya serta menjadi kemudahan penginapan sementara untuk orang kelainan upaya (OKU) yang datang ke bandaraya ini.

Pengurusny­a Jennifer Liew berkata pembinaan asrama dua tingkat itu sudah diluluskan pembinaann­ya dan dijangka menelan belanja sebanyak RM1.2 juta.

 ??  ?? MICHAEL (kiri) beramah mesra dengan salah seorang penghuni Rumah Amal Sabah.
MICHAEL (kiri) beramah mesra dengan salah seorang penghuni Rumah Amal Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia