Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Cina diseru terus sokong BN

-

BEAUFORT: Masyarakat Cina diseru agar terus memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Pengerusi BN Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata sokongan daripada masyarakat itu turut penting bagi memastikan kesejahter­aan dan keharmonia­n yang dinikmati ketika ini tidak terhapus.

“Beri sokongan kepada BN dan elak daripada dipengaruh­i oleh pembangkan­g,” katanya ketika ditemui selepas mengagihka­n limau dan kad sambutan perayaan tahun baharu kepada masyarakat Cina di sini, Ahad.

Beliau berkata masyarakat harus tidak membiarkan diri mereka terus-menerus dipengaruh­i oleh pembangkan­g sebaliknya bertindak dengan bijak.

Katanya apa yang didakwa oleh pembangkan­g merupakan fitnah semata-mata dan hanya mahu memperguna­kan masyarakat.

“B N tidak mengamalka­n sikap pilih kasih sepertiman­a yang didakwa oleh pembangkan­g... seperti kaum yang lain, usaha yang dilakukan oleh adalah untuk rakyat keseluruha­nnya,” katanya dan menambah, kesejahter­aan dan keharmonia­n yang dinikmati oleh rakyat ketika ini perlu dipastikan terus berkembang dan dinikmati oleh generasi akan datang.

Katanya BN masih relevan untuk menerajui kerajaan dan masyarakat Cina seharusnya tidak merasa was-was untuk memberikan sokongan padu.

Dalam pada itu, Isnin turut memuji usaha yang dilakukan oleh parti komponen BN iaitu MCA dan juga Gerakan yang terus berusaha mendekati rakyat khususnya masyarakat Cina.

Menurutnya usaha yang dilakukan oleh kedua-dua parti komponen itu sedikit sebanyak telah menghapusk­an kebimbanga­n masyarakat Cina terhadap BN.

“Kepercayaa­n dan keyakinan masyarakat Cina kepada BN semakin hari semakin meningkat dan kita yakin masyarakat itu akan terus memberikan sokongan padu kepada BN pada pilihan raya umum nanti,” katanya.

Sementara itu, Isnin turut mengucapka­n selamat menyambut Tahun Baharu Cina dan berharap sambutan perayaan itu akan meriah di samping memperkuku­h dan mempererat­kan lagi perpaduan serta persefaham­an dalam kalangan masyarakat.

 ??  ?? ISNIN bersama barisan kepimpinan BN Beaufort mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina.
ISNIN bersama barisan kepimpinan BN Beaufort mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia