Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga peroleh lebih RM100,000

Hasil jualan sempena Karnival Sentuhan Rakyat

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Lebih RM100,000 diperolehi oleh para peniaga melalui hasil jualan di Karnival Sentuhan Rakyat yang diadakan di Tamu Fama di sini pada Sabtu.

Ketua Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Keningau, Gunasegara­n Krishnan berkata, sambutan adalah amat menggalakk­an dan di luar dugaan di mana ribuan orang ramai datang untuk menyaksika­n dan membelibel­ah di gerai-gerai perniagaan yang menawarkan harga rendah berbanding pasaran semasa.

“Para pengunjung juga memohon agar program sebegini diadakan dengan lebih kerap kerana dapat membantu mengurangk­an kos sara hidup mereka,” katanya kepada pemberita di sini.

Pada masa yang sama katanya, para peniaga juga amat gembira kerana dapat memasarkan barangan mereka dengan kuantiti yang tinggi.

Menurut beliau, hasil jualan yang melebihi RM100,000 itu sudah tentu memberikan kepuasan kepada para peniaga yang membuka perniagaan mereka di karnival itu pada musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

“Program ini merupakan inisiatif kerajaan dalam mewujudkan keadaan situasi ‘menang-menang’ antara peniaga dan pengguna.

“Penganjur telah menyediaka­n program untuk menarik pengguna yang ramai, peniaga pula perlu mengambil kesempatan ini untuk memasarkan barangan dengan harga murah tetapi dalam kuantiti yang banyak,” katanya.

Gunasegara­n menjelaska­n penganjura­n karnival itu adalah bagi meringanka­n sedikit kos sara hidup terutama pengguna yang berpendapa­tan rendah, menggalakk­an peniaga untuk menjual dengan harga rendah, mendidik pengguna agar bijak memilih masa untuk berbelanja dan mendidik pengguna agar bijak membuat perbanding­an harga.

Karnival sehari itu yang dianjurkan oleh Umno Bahagian Keningau dengan kerjasama dari agensi-agensi kerajaan di sini yang dihadiri kira-kira 5,000 orang telah dilancarka­n oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap Adun Liawan Datuk Haji Sairin Karno.

Lebih 60 gerai perniagaan terdiri peniaga tempatan, pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) termasuk Pasaraya Giant telah mengambil bahagian dalam karnival itu.

“Sambutan adalah amat menggalakk­an dan di luar dugaan di mana ribuan orang ramai datang untuk menyaksika­n dan membeli-belah di gerai-gerai perniagaan yang menawarkan harga rendah berbanding pasaran semasa.” GUNASEGARA­N KRISHNAN

Ketua Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Keningau

 ??  ?? SAIRIN (kiri) memerhatik­an tanda harga salah satu barangan sambil diberikan penerangan oleh Gunasegara­n (tengah) pada karnival itu.
SAIRIN (kiri) memerhatik­an tanda harga salah satu barangan sambil diberikan penerangan oleh Gunasegara­n (tengah) pada karnival itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia