Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat pelbagai kaum terima limau mandarin

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Haji Apdal bersama para ketua bahagian parti komponen Barisan Nasional (BN) di Silam serta pemimpin masyarakat Cina telah mengadakan Program Pengagihan Limau Mandarin kepada masyarakat pelbagai kaum di daerah ini termasuk pengamal media.

Yusof berkata, program agihan limau mandarin itu adalah merupakan tradisi pihaknya setiap tahun menjelang perayaan berkenaan.

“Hari ini, kita samasama turun padang dan bertemu secara dekat dengan masyarakat di sini tanpa mengira kaum, latar belakang dan agama sambil mengagih-agihkan limau mandarin sebagai simbolik memeriahka­n sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya di sini pada Isnin.

Katanya, limau mandarin telah diagih-agihkan kepada peniaga, penjaja dan juga masyarakat di sekitar kawasan Bandar Tabanak dan di beberapa lokasi lain di daerah ini.

Sementara itu, Yusof dalam ucapannya menggesa pengamal media agar sentiasa bertanggun­gjawab dengan melaporkan berita secara seimbang, benar, adil dan telus.

Katanya, fokus laporan seharusnya menjurus kepada agenda pembentuka­n minda rakyat yang positif supaya mereka terus bersatu padu bagi membangunk­an negara.

“Bantu kerajaan bentuk fikiran positif masyarakat dengan terus melaporkan berita yang benar. Rakyat perlu selalu diingatkan supaya tidak menjadikan perbezaan kaum, agama dan kepercayaa­n sebagai penghalang bagi rakyat terus bersatu padu,” katanya.

Beliau yang juga ketua bahagian Umno Silam berkata para pengamal media perlu berpegang pada etika kewartawan­an dan melaporkan maklumat sahih atau disahkan kebenarann­ya.

Katanya, mereka tidak sepatutnya menyiarkan perkara berbau provokasi kerana ia mampu menjejaska­n perpaduan.

“Jangan bantu orang buat provokasi. Jangan sebar berita berunsur provokasi kerana ia akan mengundang provokasi lain. Buat laporan bukan untuk sensasi atau ikut emosi, tetapi menyebarka­n maklumat untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu dan cemerlang,” katanya.

 ??  ?? YUSOF (tiga kiri) mengagihka­n limau mandarin kepada salah seorang peniaga Cina di Bandar Tabanak.
YUSOF (tiga kiri) mengagihka­n limau mandarin kepada salah seorang peniaga Cina di Bandar Tabanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia