Utusan Borneo (Sabah)

Atlet berbasikal Program Podium perlu guna kelebihan sains sukan

-

NILAI:Atlet berbasikal trek negara yang berada di bawah Program Podium perlu menggunaka­n sepenuhnya kemudahan sains sukan untuk mencatat keputusan positif pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, April ini.

Ketua kontinjen negara ke Sukan Komanwel 2018, Huang Ying How yakin atlet di bawah program tersebut mampu menampilka­n aksi cemerlang memandangk­an mereka pernah bertanding pada temasya sukan berkenaan, sebelum ini.

“Kita hendak lihat peningkata­n dalam prestasi masing-masing sama ada mereka mampu memperbaha­rui rekod peribadi atau pun memenangi pingat.

“Saya tidak mahu meletakkan sasaran untuk atlet berbasikal di bawah Program Podium kerana sudah semestinya mereka mempunyai sasaran masing-masing,” katanya.

Huang berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat skuad berbasikal trek negara di Velodrom Nasional, di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan persiapan dilakukan atlet kebangsaan dalam beberapa sukan lain sepanjang lawatan beliau ke pusat latihan sekitar Lembah Klang sejak bulan lepas.

Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang turut mengikuti lawatan berkenaan, juga yakin skuad berbasikal trek negara terutamany­a atlet di bawah Program Podium mampu melakar keputusan terbaik pada saingan kali ini.

Pada masa sama, Abdul Azim turut memaklumka­n keputusan atlet berbasikal negara pada Sukan Komanwel 2018 turut akan diambil kira sebagai kayu pengukur untuk disenaraik­an ke Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos depan.

Untuk rekod, Josiah Ng muncul penyumbang pingat emas tunggal negara setelah memenangi acara keirin lelaki pada edisi 2010 di New Delhi, India.

Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebelum ini, menyenarai­kan 14 pelumba ke Sukan Komanwel 2018 dengan juara keirin dunia, Mohd Azizulhasn­i Awang bakal mengetuai cabaran negara pada temasya sukan berkenaan.

 ?? Gambar BERNAMA ?? AZIZULHASN­I semasa menjalani latihan men- jelang Kejohanan Lumba Basikal Asia 2018 pada 16 hingga 20 Februari di Velodrom Nasional pada Isnin. -
Gambar BERNAMA AZIZULHASN­I semasa menjalani latihan men- jelang Kejohanan Lumba Basikal Asia 2018 pada 16 hingga 20 Februari di Velodrom Nasional pada Isnin. -
 ?? - Gambar BERNAMA ?? KETUA kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2018 Huang Ying How (kiri) memberi taklimat kepada atlet-atlet berbasikal trek negara semasa mengadakan sesi lawatan di Velodrom Nasional pada Isnin.
- Gambar BERNAMA KETUA kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2018 Huang Ying How (kiri) memberi taklimat kepada atlet-atlet berbasikal trek negara semasa mengadakan sesi lawatan di Velodrom Nasional pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia