Utusan Borneo (Sabah)

SMK Bandau juara Olahraga MSSD Kota Marudu

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Beranjak ke hari terakhir melonjakka­n SMK Bandau menjuarai Kejohanan Olahraga MSSD Kota Marudu dengan mengetepik­an pesaing hari pertama, SMK Tandek setelah mengumpulk­an kutipan pingat 23 emas, 20 perak dan 17 gangsa.

SMK Bandau mengesahka­n kejuaraan itu setelah cemerlang dalam acara terakhir lari berganti-ganti 4 x 200m dan 4 x 100m.

“Ketika larian akhir, tumpuan para atlet kami sedikit terganggu ekoran trek padang yang agak basah dan berlumpur menyebabka­n catatan rekod lebih rendah berbanding catatan ketika latihan,” kata Pengetua SMK Bandau Halim Bidin.

Halim menjelaska­n kejayaan para atletnya disuntik semangat jurulatih, teknikal dan pegawai ditambah lagi baru-baru ini sekolah kami dirasmikan pemimpin tertinggi negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penguasaan SMK Tandek pada hari pertama kejohanan tidak melunturka­n semangat SMK Bandau untuk bersaing.

Namun demikian SMK Tandek pada hari terakhir akur berada di tangga kedua setelah gagal menguasai acara terakhir 4 x 200m dan 4 x 100m menyebabka­n ketinggala­n dua pingat dengan kutipan 21 emas, 18 perak dan 10 gangsa.

Begitupun SMK Tandek masih mampu berbangga dengan

“Ketika larian akhir, tumpuan para atlet kami sedikit terganggu ekoran trek padang yang agak basah dan berlumpur menyebabka­n catatan rekod lebih rendah berbanding catatan ketika latihan. Pengetua HALIM BIDIN SMK Bandau

kemunculan dua atletnya menjadi olahragawa­ti daerah, Felimia Disom (P15) dan Dayang Shari Uluk (P18) yang cemerlang dalam acara lontar peluru.

Tempat ketiga dimenangi SMK Kota Marudu dengan kutipan 10 emas, 12 perak dan 18 gangsa serta hadiah perbarisan terbaik pasukan beruniform Pengakap.

Sekolah Menengah Advent Goshen turut cemerlang di tangga keempat dengan kutipan pingat 5 emas, 5 perak dan 4 gangsa serta berbangga dengan pencapaian atletnya, Nisterooy Sani yang menjadi olahragawa­n (L15) yang beraksi dengan baik dalam acara lontar peluru 12.60m.

SMK Kota Marudu II yang menjadi tuan rumah sekadar berada di tangga kelima dengan kutipan 3 emas, 13 perak dan 3 gangsa namun berbangga dengan atletnya, Amirul Aliamat yang cemerlang dalam acara lompat jauh (6.16m) dan lompat kijang (12.46m) dan telah mengangkat­nya menjadi olahragawa­n L18.

Amirul berkongsi kedudukan sebagai olahragawa­n dengan Refson Tirip dari SMK Bandau yang memenangi dua emas melalui acara 1500m dan 3000m.

Majlis penutupan rasmi disempurna­kan Pembantu Menteri Perkhidmat­an Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Anita Baranting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Datu Akdan Basran, Penyelia Sukan Jimson Majimel, Pengetua SMK Tandek Jenim Samaron, Pengetua SMK Bandau Halim Bidin, Pengetua SMK Kota Marudu III Haji Marmoh Kasman, Pengetua SMK Kota Marudu Faridah Raimin serta setiausaha pengelola kejohanan, Billhorn Difrin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGKA lima simbol kejuaraan SMK Bandau.
ANGKA lima simbol kejuaraan SMK Bandau.
 ??  ?? NISTEROOY Sani olahragawa­n dari SMA Goshen.
NISTEROOY Sani olahragawa­n dari SMA Goshen.
 ??  ?? DUA olahragawa­n, Amirul dan Jefson bersama Anita. SMK BANDAU juara lima tahun berturut-turut.
DUA olahragawa­n, Amirul dan Jefson bersama Anita. SMK BANDAU juara lima tahun berturut-turut.
 ??  ?? OLAHRAGAWA­TI dari SMK Tandek bersama pengetua, Jenim.
OLAHRAGAWA­TI dari SMK Tandek bersama pengetua, Jenim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia