Utusan Borneo (Sabah)

Newcastle ‘jerat’ The Red Devils di St James’ Park

Liverpool kukuhkan kedudukan empat tangga teratas liga selepas benam The Saints 2-0

-

LONDON, England: Gol Matt Richie memastikan Newcastle United menewaskan Manchester United 1-0 di St James’ Park sementara Liverpool mengukuhka­n kedudukan di empat tangga teratas liga dengan kemenangan 2-0 di Southampto­n dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Kekalahan kedua United dalam tiga perlawanan terakhir menyebabka­n mereka kini ketinggala­n 16 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Skuad bimbingan Jose Mourinho itu bagaimanap­un kekal di tangga kedua selepas tewas di Tottenham Hotspur sebelum ini dan kemudian tidak beraksi dengan baik di St James’ Park dan bolos gol pada minit ke-65.

Pemain pertahanan United, Chris Smalling dilayangka­n kad kuning kerana sengaja menjatuhka­n diri dalam kawasan padang beliau sendiri dan dari satu tendangan percuma Jonjo Shelvey, Dwight Gayle mendapatka­n bola dari satu tandukan sebelum mengumpan bola kepada Ritchie, yang tidak dikawal oleh mana-mana pemain United sebelum merembat untuk menewaskan penjaga gol David De Gea.

Mourinho mengambil keputusan segera dengan mengeluark­an Paul Pogba selepas satu lagi aksi hambar dari pemain tengah itu.

Dan United boleh mengikat kedudukan tidak lama selepas itu tetapi apabila Newcastle gagal mengeluark­an bola bahaya dari satu tendangan sudut, Anthony Martial melihat dua cubaannya dihadang Gayle di atas garisan gol.

“Newcastle bermain bersungguh-sungguh, saya berharap mereka menerima kemenangan sebagai pujian. Tuah memihak kepada mereka,” kata Mourinho.

“Ia bukan hari kami. Newcastle memberikan apa yang mereka ada, ia adalah sesuatu yang menarik dalam bola sepak.

“Kami melakukan satu kesilapan di bahagian pertahanan dan apabila mereka di hadapan, mereka hanya mempunyai satu sasaran dan ia mengelak pintu gol dibolosi.”

Newcastle memulakan perlawanan dalam zon penyingkir­an tetapi kemenangan pertama daripada lima perlawanan liga dan kemenangan pertama ke atas United sejak 2013, melonjakka­n mereka ke tangga ke-13.

Di St Mary, Liverpool memintas Tottenham Hotspur di tangga ketiga selepas gol Roberto Firmino dan Mohamed Salah menewaskan Southampto­n.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp, di mana bekas pemain pertahanan Southampto­n, Virgil van Dijk, memkepulan­gan buat pertama di kesejak lab perpindake han beliau Liv- erpool pada bulan Januari, membuka jaringan seawal minit keenam apabila Firmino menjaringk­an gol ke-20 beliau musim ini.

Liverpool menambah jaringan pada minit ke42 apabila Salah menyempurn­akan hantaran

Firmino untuk gol ke-29 penyerang

antarabang­sa Mesir itu pada musim pertama beliau bersama Liverpool. Liverpool kini empat mata di hadapan Chelsea yang berada di tangga kelima liga ketika saingan untuk empat tangga teratas liga dan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan semakin sengit.

“Ia bukan aksi yang baik. Ia juga sukar dengan angin agak kuat. Kami melaksanak­an tugas kami, itu apa yang paling penting,” kata Klopp. “Kami menjaringk­an gol awal dan kemudian gol kedua pada masa yang tepat dan selepas itu mengawal permainan. “Kami mahu menamatkan musim di empat tangga teratas dan kami memerlukan mata.”

Southampto­n berada di tangga ketiga dari bawah liga ekoran kekalahan liga yang pertama dari lima perlawanan.

Huddersfie­ld melangkah keluar dari zon penyingkir­an selepas menewaskan Bournemout­h 4-1 di Stadium John Smith.

Huddersfie­ld membuka jaringan seawal minit keenam menerusi gol Alex Pritchard tetapi Junior Stanislas mengikat kedudukan buat Bournemout­h dari satu umpanan Ryan Fraser.

Tetapi Mounie meletakkan Huddersfie­ld kembali di hadapan pada minit ke-27 dan gol sendiri Steve Cook menamatkan saingan Bournemout­h sebelum Rajiv va La Parra melengkapk­an jaringan dengan satu tendangan penalti lewat.

Ia adalah kemenangan pertama Huddersfie­ld dalam sembilan perlawanan liga.

“Newcastle bermain bersungguh-sungguh, saya berharap mereka menerima kemenangan sebagai pujian. ” Tuah memihak kepada mereka. Jose Mourinho Pengurus Manchester United

 ??  ?? PEMAIN tengah Southampto­n, Mario Lemina (tengah) diasak oleh Firmino (kiri) dan Chamberlai­n pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium St Mary’s, Southampto­n, Ahad lepas. — Gambar AFP
PEMAIN tengah Southampto­n, Mario Lemina (tengah) diasak oleh Firmino (kiri) dan Chamberlai­n pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium St Mary’s, Southampto­n, Ahad lepas. — Gambar AFP
 ??  ?? RITCHIE gembira selepas menjaringk­an gol ketika membantu Newcastle menewaskan United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di St James’ Park, Newcastle-uponTyne pada Ahad lepas. — Gambar AFP
RITCHIE gembira selepas menjaringk­an gol ketika membantu Newcastle menewaskan United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di St James’ Park, Newcastle-uponTyne pada Ahad lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia