Utusan Borneo (Sabah)

Marceeta menang gangsa di Sukan Pra Asia Jakarta

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Atlet angkat berat wanita kebangsaan Sabah, Marceeta Marilyn Marcus menang pingat gangsa pada kejohanan jemputan Sukan Pra Asia Jakarta-Palembang pada 1116 Februari.

Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah (SWA), Philip Gisan dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp pada (Isnin) berkata, Marceeta menang dalam kategori 58kg wanita.

Atlet berusia 20 tahun dari Tambunan itu tewas kepada atlet Thailand (pingat emas) dan Indonesia (pingat perak).

Penyertaan pada kejohanan jemputan itu adalah sebahagian daripada persiapan skuad angkat berat Malaysia menghadapi Sukan Komanwel XXI 2018 di Gold Coast, Australia pada 4-15 April.

Marceeta adalah antara 10 atlet angkat berat negara yang terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita tersenarai ke ke sukan yang dikenali Gold Coast 2018 berkenaan.

“Penyertaan Marceeta lebih kepada memberi pendedahan kerana beliau masih muda dan beliau berada di landsasan yang baik dengan kejayaan memenangi pingat gangsa di Jakarta.

“SWA ucapkan tahniah kepada Marcee tadan berharap beliau akan terus berjaya terutam pada Gold Coast 2018 nanti,” kata Philip.

Beliau berkata, kejayaan Marceeta dan beberapa rakan sepelatih lain di peringkat antarabang­sa diharap dapat mengembali­kan sukan angkat berat sebagai salah satu sukan teras selepas digugurkan pada penghujung tahun lalu.

 ??  ?? MARCEETA menunjukka­n pingat gangsa yang dimenangin­ya.Turutbersa­maadalahju­rulatihkeb­angsaan, Nicholas Wong yang juga dari Sabah.
MARCEETA menunjukka­n pingat gangsa yang dimenangin­ya.Turutbersa­maadalahju­rulatihkeb­angsaan, Nicholas Wong yang juga dari Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia