Utusan Borneo (Sabah)

Ahli PDM Paginatan mahu calon sedia ada dikekalkan

-

RANAU: Ahli Pusat Daerah Mengundi (PDM) Paginatan meminta agar semua penyandang jawatan wakil rakyat di Ranau dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN).

Pegawai Khas Parlimen Ranau Japirin Sahadi berkata, jika penyandang sedia ada diganti dengan sewenang wenangnya, pasti akan mengundang kekalahan kepada calon BN kerana penyandang sedia ada masih relevan, tidak bermasalah dan disukai oleh rakyat.

Katanya, berdasarka­n kajian, Parlimen Ranau setakat ini berada dalam kawasan putih (boleh menang selesa) jika penyandang­nya Datuk Dr Ewon Ebin dicalonkan semula tetapi sekiranya ia diganti, BN akan menghadapi kesukaran amat besar untuk menang.

“Begitu juga dengan kawasan Paginatan, kalau Datuk Siringan Gubat dicalonkan semula pasti tiada masalah untuk BN memenangi semula kawasan itu.

“Bagaimanap­un, sekiranya ada penyandang asal yang dengan sendirinya mahu berundur daripada menjadi calon pada PRU14, maka beliau haruslah diberi mandat untuk menentukan siapa calon pilihannya agar tidak terjadi pergeseran untuk merebut dan melobi menjadi calon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ringkas di majlis santai bersama pemimpin dan ahli PDM serta penduduk Kampung Paginatan di rumah kediaman Ketua PDM Paginatan Jaimin Jefrey yang turut dihadiri Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.

Japirin meminta rakyat Ranau supaya tidak mendengar khabar angin yang menyatakan penyandang sedia ada bagi Parlimen dan DUN Paginatan akan diganti pada PRU14 kerana hanya Perdana Menteri dan Ketua Menteri sahaja yang akan menentukan­nya.

Katanya walaupun ramai yang melobi dan dilobi untuk menjadi calon pada PRU14, itu adalah keadaan normal dalam negara demokrasi yang akan berakhir dengan tenang apabila Perdana Menteri dan Ketua Menteri mengumumka­n siapa calon sebenar.

Menurut beliau, bagi Parlimen Ranau sudah hampir pasti penyandang sedia ada (Ewon) adalah calon pilihan utama kerana beliau yang berpotensi besar untuk memenangin­ya serta disukai oleh semua lapisan masyarakat di Ranau.

Terdahulu, Jaimin berkata ahli PDM Paginatan akan bekerja sedaya upaya untuk menguatkan jentera pilihan raya BN kawasan itu dan menyokong penuh agar penyandang sedia ada dicalonkan semula pada PRU14.

Ewon dalam ucapan ringkasnya menggesa masyarakat supaya tidak terlalu risau dan tidak mendengar khabar angin tentang siapa calon PRU14 kerana nama-nama calon berkenaan sebenarnya sudah dalam tangan Perdana Menteri, hanya menunggu untuk diumumkan sahaja.

“Apa yang perlu sekarang ialah kita kena bekerja keras bagi menguatkan lagi tentera kita yang melibatkan pergerakan Pemuda, Wanita, Komulakan dan ahli BN lain untuk menghadapi PRU14,” katanya.

Beliau menggesa ahli PDM supaya peka terhadap isu yang dibangkitk­an oleh pihak pembangkan­g dengan mencatatka­nnya untuk diserahkan kepada pejabat Parlimen bagi memudahkan pemberian taklimat tentang jawapan yang sepatutnya.

Pada majlis itu, Ewon turut meluluskan peruntukan sebanyak RM2,000 untuk melengkapk­an pejabat PDM Paginatan serta menyerahka­n peruntukan pembelian mesin pengisar padi dan peruntukan pemagaran sawah padi kepada Wanita Paginatan.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen dan Timbalan Ketua Pemuda Upko Ranau Alyu Zinin.

 ??  ?? EWON (tengah) bergambar bersama penduduk Paginatan yang hadir.
EWON (tengah) bergambar bersama penduduk Paginatan yang hadir.
 ??  ?? EWON menyerahka­n peruntukan pembelian mesin pengisar padi dan pemagaran sawah padi kepada Wanita Paginatan.
EWON menyerahka­n peruntukan pembelian mesin pengisar padi dan pemagaran sawah padi kepada Wanita Paginatan.
 ??  ?? AHLI PDM Paginatan turut ambil kesempatan bergambar bersama Ewon (tengah).
AHLI PDM Paginatan turut ambil kesempatan bergambar bersama Ewon (tengah).
 ??  ?? JAIMIN
JAIMIN
 ??  ?? JAPIRIN
JAPIRIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia