Utusan Borneo (Sabah)

Keperluan pelajar dipenuhi

MBR beri penekanan aspek keperluan OKU

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Masjid Bandaraya (MBR) akan terus memberi penekanan dalam aspek memenuhi keperluan dan kepentinga­n golongan orang kelainan upaya (OKU) khususnya di Akademi QurANIS Al Mubarak (AQM) di masjid berkenaan.

Timbalan Pengerusi MBR Yahamad Budin berkata keprihatin­an institusi itu bukan hanya untuk memenuhi keperluan jemaah, pelajar Tahfiz dan Madrasah tetapi juga untuk golongan istimewa AQM.

“Hal ini dibuktikan dengan membuka ruang, ambil inisiatif dan mendidik ana kanak istimewa ini untuk berinterak­si dengan masyarakat dari semasa ke semasa.

“Misalnya ketika sambutan ulang tahun ke-18 tahun MBR, seramai 21 pelajar istimewa AQM diberi pendedahan membuat persembaha­n di hadapan ibu bapa dan undangan khas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Pengerusi MBR Datuk Jamal Tun Sakaran melancarka­n program ‘Kami Cinta Rasullulla­h SAW’ di sini pada Ahad.

Pada masa sama, Yahamad berkata pelajar istimewa itu juga diberi peluang bertanding dalam acara Hafalan, Azan, mewarnai dan menyusun surah.

Turut hadir ialah Pengerusi Penganjur Program Kami Cinta Rasullulla­h SAW, Ahmad Sabari Kamari.

“Hal ini dibuktikan dengan membuka ruang, ambil inisiatif dan mendidik anak anak istimewa ini untuk berinterak­si dengan masyarakat dari semasa ” ke semasa. YAHAMAD BUDIN Timbalan Pengerusi MBR

 ??  ?? SUASANA pada majlis ilmu yang dianjurkan oleh AQM MBR kepada pelajar OKU.
SUASANA pada majlis ilmu yang dianjurkan oleh AQM MBR kepada pelajar OKU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia